Saturday, March 24, 2018

A girl with a very strong heart and a big soul.

Hi duniaaa. Its seem long time ago I berblogging. As usual, I'll blogging when I need to express my feeling that I can't speak up to people. 

Sebulan seminggu in a 'one step closer' is too tough for me. I don't konw what to do. But its very very very dissapointed me. I never imagine this kind of test will happened between us. And also I never thought you will do such kind of thing. Really. I put all my trust on you, but seems like there's no appreciation yet you destroy all of them. I don't know how to trust you again. It is more hurt than cheated, I think. Yess, for the second time, you make me cries, even everyday. We don't have any arguement before, but at sudden you created that. And everyone keep asking me a forgiveness for him even he himself. And again, I forgave him. I give a third chance even I've told him before there's no third chances. If anything bad happened, assume that he never know syahirah. So I know now how blind a love is. You need to forgive and forgive and forgive all the wrongdoings. I wonder, what he will do if he at my place. Is I should be apologise? Does he will accepted what he sees with his eyes. But nevermind. If I'm not the first person for you, so does you. So I keep telling myself, it is fair. Fair to my black history of life which no one know. So I told my abah, 'akak pun buat dosa jugak, bezanya Allah tutup aib akak, but not him' My abah will not understand why I keep on pretend him, but I know who I am. 

And my abah respect my decision and accept him with one condition. He don't want any bad things happend in between this period and sampai bila bila. If it happened again, he will not accept him. Dia marah betul sebab buat anak dia mcm ni, tapi I keep backup him and told my abah he's not that kind of person. I believe he will be my right partner, he will make me happy, he will protect me and he's a kind guy. 

Abah, I can't leave him easily, there's a lot of things happened between us. And I just wish I can delete the bad memories which kill all the sweet memories of us. Abah, he will make me happy in future. In Shaa Allah. Please pray the best for us. 

Biarlah. Biar ia berlalu pergi. Aku belek satu persatu kebaikan kau, dan aku jumpa satu keburukan kau. Maka, aku hanya manusia yg tak layak untuk menghukum, hanya mampu mendoakan keampuan buat kau. Mampu mendoakan yang terbaik untuk kita. Dan mendoakan agar tiada lagi air mata yg kau cipta, dan kehancuran hati yg aku kutip satu persatu. 

Aku perempuan yg mudah memaafkan tapi tidak mudah melupakan. Terima kasih ajar aku untuk jadi lebih kuat dari apa yg aku sangka. Terima kasih kerana sedarkan aku, sayang mana pun seseorang pada aku, akan sampai satu masa aku tiada dlm fikirannya. Maafkan aku untuk setiap rasa yg aku ada dan setiap perangai aku yg kau bakal lalui. Aku rindu kau. Tapi aku benci dgn apa yg dah jadi. Manusia tak sempurna. Ini ujian kita. I just hope that I can face you one fine day. Please not make me cry again. I'm tired with this life. Very tired. 

Hey girls out there. Don't put soooo much trust, cause you will hurt later. 

Thanks. 😭😊

Sincerely Syira

Saturday, October 7, 2017

Lemah

Heyyy, lama sangat tak type blog kan. But today I really need this. Life after study is not so interesting. Now, I know hikmah why aku selalu ditakdirkan jauh dari family. And I know how weak I am when all this disgusting happened. Tak sampai pun 4 bulan aku dok rumah, tapi a lot of things I faces. Even lagi susah dari waktu aku study. I don't have my time here. Dulu, waktu aku sedih, marah, kecewa ke apa2 ke, aku akan bangun solat malam, menangis merintih sampai bengkak2 mata and the day after aku akan tenang, sebab aku dah luahkan semua pada Dia. But now, aku tak mampu dah nak buat semua tu, sebab keadaan yang tak mengizinkan. Aku tak tipu, aku paling rindu saat aku mengadu pada Dia, sangat aku meletakkan Dia untuk segala yang berlaku pada diri aku. Tapi sekarang, I have no chance to be like that. Kadang rasa nak pergi jauhhh dari semua org, bg aku luahkan pada Dia apa yang terkumpul dalam hati aku ni. Its not easy babe. Its not easy. Sampai satu tahap aku nak org untuk sentiasa ada untuk aku, sentiasa nak amik tahu pasal aku, sentiasa ada untuk dengar luahan aku, sebab aku tak mampu sendiri dah. Terpaksa telan semua yang aku rasa, terpaksa lenyapkan semua ya g menyakiti aku dan juga terpaksa endahkan segala rasa yang aku rasa. Up until now, I always try hard to find the best, to be the best, and give the best for them. But at the end, I still get hurt, I still disappointed and failed. Bercerita pada manusia tak seindah bercerita pada Dia. Pada Dia, aku ceritakan semuanyaaa tanpa ada secebis rahsia pun, tapi bercerita pada manusia, aku terpaksa meletakkan batasan, terpaksa berahsia dan terpaksa pendam sendiri. Sebab sesiapa pun takkan faham apa yg aku rasa, selagi dia tak berada di tempat aku. Sejujurnya, aku lemah.

Luka ditoreh bak keris yang menusuk, kadang melayang tak teringat asalnya, walau senyum ku biar cantik,
Tapi tetap hatiku menjadi taruhannya.

Allah, hambaMu merinduiMu. 😭😭😭
Sincerely Syira

Wednesday, June 14, 2017

Catalyst

Hellooooo. Alhamdulillah, today is my last night at UMT. Rasa baru masuk daftar, tiba2 dah kene angkut barang semua balik. 3 years are not too long. But I got too many memories here. And I'm glad to have my backbone along this degree journey. I believe this is my very nice friendship memories. Later, I want introduce each of them who always be by my side all this while. Bersyukur sangat I found them here. They are like my siblings here. Siapa yang sakit, 4 of us akan rasa sakit jugak. Ehh 4? Yessss. Fatin, Bell and Mas. Catalyst is our starting point. Hihi. Mula2 masuk mmg aku berkepit jee dgn Fatin. Maklumlahhh sebab azam masuk universiti ni taknak aktif, nak jadi pendiam je kononnya. Haha. Kau rasa aku mampu? Ehh mampuu but still need org2 yang boleh layan gila kau jugak kengkadang tu kann. So dari sem 1 berdua jadi berempat start sem 2 sampai lahhh habis ni. Alhamdulillah. The best friendship that I have. Apa kaitan dengan catalyst? Haha. Catalyst tu sebab waktu sem 2, kitorang berempat ni start buat group ws, and kitorang suka bebenor dengan seorang lecturer yang mengajar kitorang time tuu. Guess who? Yeahh, Dr Rauhan, but he's married. So one day, kitorang candit gambar Dr time dia tengah mengajar and letak as our group ws dp. Tak gilaaa? Kahkah. Sebab time kelas dia jee kitorang semua suka benor cuci mata. Haha. Siapa jee tak suka Dr Rauhan tu weyyy. >.<' So that was how Catalyst wujud. Huhu. So let me introduce my kembar kembar which are Fatin and Bell, sebab budak kelas selalu confuse kitorg bertiga. Pakai spec design lebih kurang, pakai tudung pun samaa, badan pun lebih kurang samaaa. Mas tu adik kitorg, dia je yg lain drpd yang lain among 4 of us. So I start from Fatin okayyy.

NUR FATIN SHAHIRA BINTI RAHMAT


Here, she is. :) Sama kann muka kami? Huhu. Dia lahh orang yang first sekali aku rapat kat UMT. Sebabnyaa, kitorang sama kumpulan time orientasi plus nama pun ada jugak Shahira dia tuu plus kebetulan bilik dia satu aras dengan aku. So time sem 1, mmg mcm belangkas dua minah nii. Kau tengok jelaa gambar atas tuuu, baju punn mmg sajee beli sama. Haha. Apa2 mesti aku cari dia, same goes to her. One of the reason why I choose to be with her was she's wearing tudung labuh which satu kebaikan buat aku sebab time tuu aku punya iman nak tutup aurat dengan sempurna tuu masih goyah lagi. So bila aku berkawan dengan diaa, aku akan rasa malu klu pakai tudung bukan bidang 60, malu klu tak pakai stokin, malu klu pakai baju kecik2, We share everything together on that moment. Klu tak puas hati ke, happy ke sedih ke suka orang ke apa ke semuaaa lahh kitorg share berduaa. Haha. And seriously, she's too kind, positive thinking, tak berkira, and selalu tolong aku. Bila kitorang start duduk rumah sewa, of course lahh aku duduk dengan diaa. Sempat lahh 2 bulan duduk sebilik, lepastu aku pindah asrama. Sempat lahh kitorang sambut Raya Haji sesama sebab tinggal dua ketul ni je tak balik time tuu. Time tulaa kitorg pergi cari rumah member2 yang dekat sebab nak dtg beraya, pahtu pergi cari barang buat rendang. Huhu. Mmg betul2 sambut raya berdua lahh ceritanyaa kan. 

NABILAH HUSNA BINTI OMAR


Okay, this is my second twin. Lebih kurang je kan? :D Si Bell ni cemana boleh rapat seriously sebab dia orang melakaa. Hahahaha. Sebab aku rasa sadis sangat tak jumpa org melaka, so I'm glad to know Bell pun org melaka jugakkk. Huhu. Dia ni mcm aku dengan Fatin. Tapi dia selalu berkepit dengan Mas. Tapi satu masa tuuu Mas tak sihat cuti sampai seminggu. Time tulaaa dia slow2 menyelit kat aku and Fatin. Bila Mas dah balik tu yang terus jadi berempat tuuu. Kenal Jah punn sebab Bell lahhh. Dia sama sekolah and matrik dgn Jah plus Jah pun org melaka jugakk. Huhu. Bell ni orangnya pun tak berkira, tapi ada lahh perangai2 diaa yang kitorang tahu sangat dahh. Malas nak cerita, nak tahu kenal sendiri lahh. Tapi serious tak menyesal dan bersyukur sebab kenal si Bell ni. Sebabnya bila aku cuti, balik melaka, ada lahh aku kawan ajak keluar sesamaa. Takde org lain lahh klu aku keluar tuu, tak Bell, Jah. Sampai family kitorang pun dah kenal nau dahh. Haha. So takde lahh sedih sangat habis degree ni sebab sebelum dia balik tadi pun dah cakap, nanti jumpa kat melaka. Hahaha. 

MASNIZA ELIYANA IDAYU BINTI CHE OMAR


 Okayyy, this girl, nama paling panjang among 4 of us. Tapi panggil Mas jee. haha. She's my partner during FYP. I'm glad to know her sebab dia ni sangatlahh adik adik perangainyaa tapi dia pun caring gilaaa plus dia lahhh yang rajin melayan aku saat aku punya level malas rasa nak bg pelempang. Kahkah. Minah ni sorg je Terengganu yang tetiba terselit dengan geng2 Selatan ni haa. Loghat pun tak dengar dahh. Haha. And dengan dia jugaklahh selalu amik subjek gilaaa, ajak join program itu ini sebab dia suruh ajak. Budak sorang ni sangatlahh baik weyyy tak tipuu. Mcm2 klu nak diceritakan apa yang dia dah tolong aku kat sini. Dia ni selalu rasa rendah diri, padahal dia lagi berpengalaman dari kitorang. Kitorang ni just have someone to wait for, dia single mingle lagi tapi pernah jadi tunang org duluu. So siapa lagi advance sebenarnyaa? Haha. Dahh jangan nak rasa rendah diri sangat, one fine dayy, you will someone which is meant for you. In Shaa Allah, I always pray for you. Dengan dia ni kau senang sikit nak tipu. Kahkah. sebab aku suka kenekan dia, tipu dia tapi dia still boleh percaya lagi cakap aku. Klu si bell and fatin tu dah malas dahh nak percaya. :')







Okayyy, ni semuaaa zaman2 baru nak jatuh cinta. After kitorang dah berempat, pergi mana2 mesti berempat, sampai klu sorg takde semua akan tanyaa. Huhu. A big thanks for three of them yang selalu ada saat susah senang gembira sedih seorang Syahirah. I bet you, they well known dengan perangai aku. Tanya jelaa, apa perangai buruk baik aku, apa aku suka apa aku tak suka, how I am bila stress, bila happy, bila malas, bila rajin, bila sedih, bila marah. Haa cakap pasal marah, aku mmg kalah klu nak marah budak tiga orang ni. I can't sebab sayang sangat. Gila kau tak sayang, diorang ni lahh backbone aku kat sini. Diorang ni jelaa jentera aku time aku nak naik jadi MPP dulu, tanya lahh diorang how crazy I am time nak jadi MPP, time dah jadi MPP and time dah habis MPP. Jatuh bangun aku semua diorang nampak. Alhamdulillah, diorang sangat memahami aku, care pasal aku, teman makan. teman shopping, teman study, teman gossip, teman share masalah, teman share segala cerita and they are everything for me here. Even time aku jadi MPP, I always make time for them sebab diorang aku jadi MPP, sebab diorang yang tolong banyak perkara sepanjang aku jadi MPP esp in my academic. Seriously, Thanks Allah for giving me an opportunity to have this kind of friends. Bila dengan mereka, baru aku rasa dihargai, bahagia je sebab tak pernah gaduh, makan hati sikit2 tu punn tak pernah nak simpan lama2, selalu mafkan each other, selalu cuba faham perangai setiap sorang, selalu ada for each other. To be honest, aku baru faham erti sahabat bila wujudnya mereka dalam hidup aku. Dear Catalyst, I'm truly sorry if I'm doing anything wrong, halalkan apa2 yang kita pernah share sesama esp our memories, jangan lupaka our friendship sebab ia terlalu indah untuk dikatakan. Take care everywhere you are, be safe and happy always. Semoga kita sesama peroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Terma kasih untuk semua kenangan yang kita ada. Please keep them safe in your memories, nanti boleh cerita kat anak cucu. Huhu. Again, Thanks for everything girls. I owe you so many thing, and I love them too much. All the best CATALYST in future. <3 :')



Sincerely Syira

Tuesday, May 2, 2017

I love that 4 days and 3 nights

Since malam ni sis rajin sangat taip blog, so sis nak ceritaa lahh pasal Anisah Emran. Hiks.:) Who is she for me? Dia ni ibarat belangkas aku time matrik, org cakap dia adik aku. Kat mana2 jee aku pergi tak sah takde Nisaa. Aku pulak jenis pilih kawan sebenarnyaa, maka dia antara org2 yang terpilih untuk jadi sebahagia dari hidup aku sepanjang kat matrik duluu.

SYIRA VS NISA

Mehh nak cerita kisah aku dgn Nisa sepanjang kat matrik. Kitorg ni banyak persamaan dan banyak jugak kontranyaaa. Okayy bagi yang sama dulu lahh ye. Nisa dengan aku ni ada satu perangai yg suka buat benda sorg2, Tak suka nak depends on org lain. So kalau nampak kitorg jalan sorg2 kat matrik tu sebenarnyaa benda biasa. Tapi aku je jenis tak boleh makan sorg. Pahtu kitorg tak suka amik tahu hal org, kitorg mmg akan buat hal kitorg dua jee. Tak suka shopping tuu mmg perangai kitorg lahh, klu takde benda nak beli jangan haraplahh nak shopping, tapi klu nak beli benda tuu mmg kitorg shopping habis lahhh. Bab berceritaa hmm tayah cakap lahh, kitorg bukan jenis share ceritaa kat semua org. Klu nak bercerita, dia cari aku atau aku cari dia. Sampai skrg punn mcm tuu, sampai sanggup dtg Ganu semata-mata nak cerita masalah diaa. Time tuu first time aku tengok dia nangis beriyee-riyee tapi at the same time malu sebab nangis depan aku. Comel tauu perangai. Haha tapi perangai dia tu sama lahh mcm aku, jangan cakap org sangat syira hoiii. Sizzling kat KMK tu mmg paling win lahh, setiap khamis kitorg date kat situu sambil pakai baju batik KMK, pahtu makan sizzling sampai peluh tak ingat duniaa. Haha. Weyy takde lagi sizzling yang boleh kalahkan KMK sepanjang aku hidup ni. Hmm. Klu stress, kitorg akan makan ais krim sambil pusing KMK sama2, haa time ni confirm lahh buat sesi luahan perasaan sekali. Okayy nak cakapnyaa mmg kisah aku kat matrik banyaknyaa dengan nisa ni lahh. 

Okayy yang tak sama nyaaa. Haha. Nisa is more better than I am. Sebab tuu dia masuk UTM aku masuk UMT jeee. Huhu. First, Nisaa mmg pelajar yang sangat suka datang kelas awal, tapi kalau aku tayah cakap lahhh, org last kot yang sampai kelas, takyah pelik lahh klu nampak nisa sampai awal tanpa aku. Hihi. Lepastuuu klu dalam kuliah pulakk, aku ni mmg pantang dengar kuliah, satgi mmg aku tersengguk tidur dalam kelas, so nisaa ni lahh yang sentiasa sabar dok sebelah aku. Kdg dia cubit aku sampai aku terkejut, baru segar bijik mata aku ni, takpunn dia suh aku main game sebab dia kalau ngantuk dalam kuliah dia akan main game. :D Lepas tuu klu bab tutorial ke jotter ke mmg aku suka buat dgn dia sebabnya nanti klu buat sorg2 aku mesti malas nak siapkan sampai habis. Haha. Perangai time matrik mmg tak senonoh. Tapi klu bab sukan, mmg aku menang lahh. Si nisa ni jenis malas bersukan, toksah lahh kau ajak diaa jog ke main netball ke apa kee, mmg haremmm dia nak ikut. Dia lebih suka bela lemak dia kat bilik. Kahkah. Tu yang sekarang makin sihat aku tengok tambah pulakk tengah bahagia kann. Pahtu sibuk dok tanya cemana aku makin kurus, soalan apa tuuu >,< Lepas tuu Nisaa ni pun bukan jenis rajin nak join2 program ni, dia kata mcm berat sangat komitmen yang dia kene bagi nanti. Berbezalahh dgn aku yang asal boleh jee join program sana sini mengisi kekosongan masa aku. Huhu. 

Okayyy sekarang nak share apa jee Nisa buat sepanjang percutian aku harituu. Mula2 sampai dia bawak aku makan kat kilang bateri, okayy not bad lebih kurang mcm dapo pata ganu ni jee. Lepas tuu pergilahh jenjalan kat FESKO tu haaa. Tapi jalan jelaaa. haha. Then baru balik bilik, dia suh rehat lahh kononnyaaa kan. So esok ikut dia pergi kenduri kahwin sepupu diaa, tengahari baru pergi. Mmg jumpalahh semua sedara mara adik beradik dia semuaa. Besar family dia, happy jee semua, buat aku teringat moment2 aku dengan family besar aku masa nenek atok masih ada. Rinduu. Aku pun mcm menumpang bahagia si nisa sekali lahh kiranyaa tu. Lepas tu singgah rumah nenek nisaa sampai dah ke ptg baru balik. Sebelum balik bilik aku ajak lahh nisa pergi tasik UTM tuu. Cantik tasik tuu tapi sayangnyaa tak jaga elok2, klu jaga kebersihan diaa mesti lagi best. Hee. Lepas tu balik bilik. Malam tu keluar dengan boyfriend si nisaa ni dgn member2 diaa. Keluar makan jee sebenarnyaa pahtu bawak pi jalan pasar karat. Hmm as usual, jalan tengok jelaaa. Pahtu baru balik bilik. Esoknyaa pepagi lagi aku dah bangun nak ajak si nisa ni naik balai cerap, pahtu pergi sarapan, then beli barang nak buat bouquet, pahtu balik dah kelam kabut cari idea cemana nak design diaa nak2 time nak kukuhkan owl tuu, nasib jadi jugakk. Itupun dahh lambat. Lepas dah siap2 terus pergi cari pakcik tuu. So kat sini mmg big thanks to Nisaa, sebab teman aku, amikkan gambar kitorg, tunggu aku. Caring sanagt Nisa ni sampai seribu kali tanya, nak ikut tak dia balik rumah sebab taknak aku sorg2 kat bilik petang tuu. Tapi sebab mcm aku dah penat nau, aku pun suruh jee dia balik duluu, aku stay bilik jee. Sampai malam baru keluar sekali dengan pakcik tuu, keluar makan pahtu mcm acah nak bawak jalan tapi takde tempat yang best punn dah malam2 tu kann. So terus balik jelaa. Hari last, Nisa pepagi dah bawak aku pergi breakfast pahtu terus nak hantar pergi Stesen Larkin tapi sebab terawal, kitorg pergi lahh pusing2 kat kawasan istana tu kot. haha. Weyy serious bila aku tengok video tuu mmg aku rasa happy gilaa tengok aku happy. Haha. Plus aku rasa rindu pulakk dengan kau, padahal baru je menghabiskan masa sesama 4 hari 3 malam. Then habislahh percutian aku kat JB tuuu. Pengorbanan yang paling besar, nisa tak boleh buat insta story atau upload gambar kat insta sebab nak elak daripada pakcik tahu. Kahkah. 

Last word from me, aku bukan senang nak rapat dengan org sampai tahap aku dgn nisa, tapi nisa selalu hargai persahabatan kitorg which mean aku pun akan balas dengan appreciate setiap apa yang dia buat. Haritu dia datang ganu dia sibuk belanja aku, ni aku dtg jb pun dia sibuk belanja aku, sampai gaduh2 nak bayar makan. Haihh lahh anisahhh. In Shaa Allah one day aku balas balikk, kau tunggu jeee. Aku doakan kau bahagia dengan org yang kau sayang, berjaya habiskan study kat UTM tuu dengan jayanyaa dan sentiasa dilindungiNya walau kat mana punn kau berada. 

Lastly, thanks a lot for everything. 
I LOVE YOU.

Second day at Tasik UTM

Third Day at Balai Cerap UTM




Third Day, amik aura konvo :p


Forth day at Taman Merdeka (kot) 



SINCERELY,
SYIRA <3

Sincerely Syira

Mission Accomplished

Hellooo. Yee yeee tengah busy FYP ni tapi sis gatal tangan nak taip ceritaaa ni. HAHA. Sajee nak taip walau dah melekat dalam kotak memori, mana lahh tahu esok lusa sis hilang ingatan, adalah bukti nak bagi pulih ingatan balik kann. Sebab nanti hilang kenangan manis, tak syiokkk ahhh. Okayy dahh dahh, back to the story.

Sis taip entry ni dengan senyum tak sudah walaupun penat sebenarnya harini. Maklumlahh semalam sampai je Ganu sis terus jadi driver melayankan girlfriends semua ni makan laahhh apa lahh. Takpee sis dah biasaaa. :p Pahtu tidur pulakk pukul 4, haa amik kauu nak dekat pukul 9 baru sedar, tu pun sambung tidur balik. Hekhek. Buruk perangai sis sebenarnyaaa. >,< Nasib sedar nak pi jumpa SV. Tu yang bertambah kusut kepala sis. Ehh terlarii topik lagi. Baru taip, klu cerita mulut lagi banyak persimpangan nyaa ni. :D

Okayyyy, soo sebenarnyaa sis nak share 'How the plan started' Haha. Sis ni jenis, kalau dia nak dia buat. So kalau ada yang mulut-mulut mengataaa, "Weyyy sanggup kau pergi JB semata-mata nak tengok dia konvo?", "Tak kahwin lagi kot, dah kecoh2." or whatsoever kalau ada yang nak mengata tu kannn. Senang jelaa aku nak cakap kat sini, aku jee tahu banyak mana dia berhabis untuk aku. Yelaa takkan setiap kali keluar, dia berhabis duit belanja makan, belanja duit minyak apa semuaa tu nak kene inform satu malaysia kann. Takkan lahh aku takde common sense bab2 macam ni. Malu kot org berhabis duit untuk kau padahal 'TAK KAHWIN LAGI KOTTTT!!!' Ehh tercaps lock pulak :p

So the plan started bila aku selalu dapat mcm2 dari diaa, in order nak balas tuu mestilahh kene plan baik punyaaaa. Haha. 2 bulan punya plan tauu. Tak percaya tanya Nisaa. Huhu. Tapi sepanjang 2 bulan tuuu mcm2 plan lahhh terkeluar dari kepala aku nii. Tapi the main plan is nak datang buat surprise jee. Heee. Alang2 Nisa asyikk provok aku suh datang JB so aku pun bgtau lahh Nisaa tunggu cik abe aku konvo aku datang sekali jumpaa. Tapi jangan tanyaa lahh cemana aku buat boleh sampai jadi plan tuu. Biarlahh aku je yg tahu.

Plan yang aku boleh cerita kat sini, kronologinyaaa macam ni laa. Aku janji dengan Nisaa nak dtg JB, so bila aku dapat tahu cik abe kita konvo bulan 4 haaa mmg sekali plan lahh. Aku pun bgtau lahh Nisaa. "Nisaaaaa, kau tunggu ehh aku dtg JB bulan 4 nanti." Nisa punya excited tu setiap bulan dia tanya aku jadi ke tak datang, tapi bila tanyaa cik abe ni dia asyik lahh tak tahu bila exact tarikh dia konvo. Sampai dahh bulan 4, aku tanya lagi tapi kali ni tahu dahh tarikh cuma tatahu bila tarikh dia naik pentas. Huhu. Punya taknak dia syak sampai sanggup pergi cari kat page Fesko UTM, siap pm haa jangan tatahuu. Pahtu bukak website tengok tarikh konvo, last2 cik abe sendiri bagitau. Kahkah. Rasa mcm weyyy baik tayah cari, last2 senang jee nak tahu, siap tahu plan hari konvo dia lagiii. Cisss.

Okayy lepas dah dapat tahu, seminggu lebih sebelum tu lagi aku dah beli tiket, taknak nanti kelam kabut cari tiket. So benda first dah settle. Tinggal nak pergi jee. Tapi dok fikir pulakk nak bagi apaa, sebabnyaa taknak bagi bunga, nanti layu, masuk tong sampah, taknak bagi coklat, nanti panas2 cair pahtu takde benda nak buat kenangan, nanti makan keluar balik :p Pahtu nak bagi barang2 lelaki, alamakkk lari bajet lahh pulak sebab barang2 lelaki awat mahainyaaa. Kah! Makanyaaa 3 hari sebelum pergi order lahh kat Puteri owl comel cantik yang rasa sayang pulak nak bagi. Kahkah. Ni hadiah mmg fresh punyaaa, sebelum pergi stesen bas pagi tu baru pi amik kat rumah Puteri.

Nak dijadikan ceritaa, aku dah plan baik punyaaa, tiba2 Bell pulak pi kantoikann. Dah rasaa mcm haaa berapa hari je lagiiii, kenapa Bell pi tweet gituuuu. Penatlahh otak aku ni berfikir apa lahh nak menjawab nak cover punya pasal. Klu ingat balik mmg rasa nak gelak guling2, banyak kali dok tanya diri sendiri apalahhh kau buat ni syira hoiii. >,< Pahtu komplot lahh sekali dgn semua manusia2 yang tahu plan aku supaya tak tersebar di media sosial, time ni baru rasa susah sebab semua media sosial dia buat noti, pahtu siap follow member2 aku, dengan member2 aku jadi mangsa. HAHA.

Makanyaa sampai lahh seketul Syahirah kat JB maghrib Jumaat tuu. So hidup lahhh aku dengan Nisaa mcm belangkas sepanjang 'percutian' aku tuuu. Klu ikut kan hati mmg dah bgtau dahh, punyalahh aku tahan diri sendiri, takpee sabar, tak lama je lagii jumpaa. Tak lama punn weyyy. Alhamdulillah berjaya aku tahan diri sendiri sampai hari kejadian. Sepanjang jalan2 kat sana mmg aku berdoa jee jangan lahh terserempak dengan mamat nii, kang tak jadi plan akuu. haha.

Hari kejadian mmg pagi2 aku dah kejutkan Nisaa sebab nak pergi tengok balai cerap pahtu nak pergi cari barang buat bouquet sebab nak jugakk lahh hasil tangan sendiri. Mmg perangai seketul Syahirah lahh tuu. Pahtu mmg nak dekat 1 jam jugaklahh aku siapkan sampai kelam kabut bila tengok jam dah 12 lebih. Sis tak heran dahh muka cemanaa, mmg siap2 terus pergi jee sebab takut takde parking lagi, nak mencari lagii.

Alhamdulillah, parking senang. Haha. Tapi dok melilau pulakkk dok cari mana cik abe nyaa ni. Dengan campur nervousnyaa last2, Nisa yang nampak. Haaa time tuu mula lahh sejuk tangan gigil2 macam apaa tauu gaya aku time tuu. Nak buat surprise tapi diri sendiri yang ketar lebih. Haihh tak faham. Ramai pulakk kawan2 dia kat situu, mmg malu lahh weyy. Sekali pusing haa amik kau, terjerit terus sebab mcm 'weyyy, dia datangggg, apa nak buat niii.' Haa habis melayang semua idea akuu. Tatahu dahh nak cakap apaa. Maka apa yang jadi time tuu, itu jelaa hasilnyaaa. Nak lebih2 pun tak kahwin lagii. HAHA.

Antara plan2 aku sebelum nak jadi apa yang dah jadi tuu mmg mcm2 lahh tayah ceritaaa. Konon nak pergi awal pahtu mcm nak belanja tengok Fast8 diaa tu tapii member dia dah belanja pulakk. Yelaa dia punya perli acah mcm lama lagii je nak jumpa tu kann buat aku rasa nak buktikan je dia salah. :p Tapi cancel dah lahh plan klu tak sebelum hari kejadian dah jumpaa. Pahtuu plan nak komplot dengan ibuayah dia konon mcm tayah lahh tanya dia dah habis ke apa ke semua tu, tapi tulaaa aku malu pulakk. *sis pemalu okkayyyyy. :P Haihh mcm2 plan ada sebenarnyaa sampai tak ingat dahh, sampai hari kejadian aku blur nak buat apa. Boleh lahh tu asal dia happy aku ada pun aku dah cukup bahagia dahh.

Sebenarnyaa, surprise tu mmg lahh one of cara aku nak appreciate dia, tapi selain tuu aku nak tengok muka happy dia and ibuayah sebab dah grad, dan tatahulahh aku rasa aku kene datang, so aku datang lahh. Mungkin petanda nak wajibkan dia datang konvo aku nanti. huhu. Tapi tayahlahh ikut surprise aku tuu, nanti aku tahu dahh. :p

Seriouslyyy, aku mmg bahagiaaa sangat harituu sampai tak habis senyum. Dapat makan sesama dgn bakal mertua pun rasa bahagia dahh, klu mertua? Ehh tatahu lahh rasa mcm mana. Gatal ehh Syahirahhhh. Taklahh bukan gatal tapi tatahulahhh dah perasaan gituu nak buat cemana kann. Malam yang dia ajak keluar tu pun sebenarnyaa aku dah penat sangat dah tuu. Mcm fuhh habis dahh misi aku. Tapi sebab dia gigih tahan mata, aku pun gigih lahh keluar. Padahal dah sakit kepala tapi perut lapar jugakk. So mmg baik keluar jee. Tapi mmg aku jadi tak banyak cakap lahh klu perasan sebab aku dok layan kepala aku jee. Haha. Tapi aku rasa dia mmg boleh jadi doktor khas aku lahh, elok je lepas keluar hilang sakit kepala aku. Hahahaha. Okayy bab ni mcm gedik gilaa kauu Syahirahhh. -.-


So lastly, special thanks to Nisa sebab terlalu banyakkkkk dia tolong aku dalam menjayakan misi aku ni. Dia punn redhaa je layan aku pergi cari barang, buat bouquet, time bergambar lagi lahh tayah cakap. Hihi. Sebenarnyaa, aku ada je cerita kat ibuayah yang aku dtg ni, dia tatahu tapi maluuu yaaa amatlahh. Ibu pulak mcm tanya harga tiket lahh apaa, adui tatahu lahh nak cakap kann. Bila bgtau tuu mmg ibu terus je cakap "haa takpelaa, dia balik esok nanti ajak lahh dia jalan2 sini ptg ni ke malam ni ke, ibu nak balik terus dahh ni tak sempat nak jalan2" Tapi mmg taklahhh aku nak ajak jalann. Aku tunggu dia jelaa yg ajak. :P

Seriously last before aku belanja gambar banyak2, Congratulations Dear on your graduation. I'm always proud of your achievement, yang baik2 lahh yang tak baik tak proud lahh. :p Maaflahh terpaksa menipu padahal dah rasaa serbasalah gilaaa tiap2 hari menipu tapi tayah cakap lahh aku sampai tanya Nisaa nak tipu apaaa. >.<  Tapi syira betul2 nak plan syiraa berjaya. So I have to. ;) Walaupun dia mcm dah dapat rasa dahh plan aku tuu. -.-



Nahh, atas ni sis belanjaa muka sis yang bahagia sangat tuu. :P




Ehemm, hati anak dah dapat, hati ibu lahh pulakk :P

Opss sorry sorryyy, sis asyik tercuri pandang awakk jee. Nak sangat tengok muka bahagia dia tu kann. :D

Ehemm, ada gaya keluarga bahagia takk? :P

Ni jelaa antara gambar yang proper, yang lain tangan tak reti dok diam. >,<


Dear you, I neither say 'I LOVE YOU' nor give you a sweet words everyday but I think you know how much my love for you. I'm happy to see you and your parents on your big day and I also proud to be with you. Thanks for having me there. <3

LOTS OF LOVE,
NUR SYAHIRAH BINTI BORHAN:)




Sincerely Syira

Tuesday, March 7, 2017

Happy Birthday Puteriiiii!!!




DEAR SOULMATE <3




Sekecil Puteri Hiydayu, Happy 22nd budak kecikkkkkk. Hihi. How time flies, budak kecik dah umur 22 tahun babe. :P Ohh sebenarnyaa post ni taknak wish budak ni punnn. This post actually telling you why I love her soooooo much. 

Siapa Puteri bagi aku? Dia seorang yang sangat special. I never met any girlfriend yg macam dia. Takde org dapat tandingi diaaa. Sebab dia betul betul sayang akuuu. Org lain tak sayang aku ke? Takk, bukan itu maksud akuu. Tapi she is different. 

Let me tell you apa yang buat dia special.
Duluuuu, waktu mula-mula aku nak berubah kat matrik duluu, dia lahh antara pendorong utama. Apa yang dia buat? Dia bagi aku dan roomates pinjam tudung2 labuh diaaaa. Hihi. Habis tudung2 diaa kami try dan diaa tukang bg komen tapi komen diaa 
"Ya Allahhhh, cantiknyaaa kawan2 aku ni mcm niiii." 
Then, what do you expect? Mestilahhh sukaa org puji kau cantik, maka terbitlah keyakinan untuk kami bertudung labuhhhh. Next, dia lahhh jiranmate yang sentiasa ketuk pintu bilik kejut bangun subuh kalau bilik kitorg gelap time azan subuh dah berkumandang. Maka sejak itulahhh menjadi kebiasaan antar 3 bilik siapa bangun subuh awal akan jadi pengetuk pintuu. Ketuk smpai semua bangun subuh. Alhamdulillah, akhirnyaa semua ketuk pintu kejut bangun siap pergi jemaah subuh kat masjid. I seriously miss this moment. Time kita berlari-lari pakai telekung ke masjid sebab dengar imam dah nak start solat :D
Okayyy, pasal aku berubah, pasal aku jaga solatt. Next, pasal aurat. Aku ni bukan istiqamah sgt seblum ni, kadang sayang tengok baju tak berpakai so aku pakai. One dayyy, mmg ada date dgn dia kat tepi pantai. Tiba2 aku sampai bilik diaa, dia peluk aku dan cakap 
"Syira tahu takk puteri sayang syiraa" 
"Eeeeee puteri ni dah kenapaaaa? Tahu lahhh." 
"sebab puteri sayang syira lahh puteri rasa syira kene tukar baju ni." 
"Kenapa puteri, nampak seksi ke kecik ke? Ke baju ni kotor?"
"Puteri pandang pun dah nampak seksi, klu lelaki pandang?"
Allahhhh. Rasa nak nangis weyyyy org tegur kauuuuu. Klu tak free2 je aku bg tayang body kat org.
Bila aku tengok cermin balik, mmg betullah sebenarnya apa yg puteri tegur. Mula2 ingatkan takdelahhh nampak sgt, tapi siapa tahu mata nakal lelaki mcm mana kann.
So sebab dah sampai bilik diaaa dan diaa mmg pengumpul baju muslimah yg besar besar tak padan dgn dia yang kecikk, so aku pinjam lahh baju muslimah diaaa. Alhamdulillah, ada jugakk org sudi tegur aku. And she's the only one yang pernah tegur pakaian aku. Since that, mmg aku cuba sedaya upaya jaga pakaian aku, tapi maybe kdg2 terlajak jugak kot. Entahlah.
Dia jugaklahhh yang selalu ingatkan aku baca quran, kalau dia tengok aku dok lekaa tengok moviee dah lama tak pegang quran, Satgi dia datang kat katil akuu bawak quran pahtu tetiba baca quran kat akuuu. Dah siap baca dia akan pandang aku dan senyum. Teguran dia mmg sangat halus yang sampai aku tak lupaa walau kami jarang bersua muka sekarang.
Dia jugalahhhh sorang sahabat yang selalu aku cari untuk meluahkan isi hati. Di bahu dia lahh aku menangis, di pelukan dia lahh aku menenangkan diri. Sebenarnya kat matrik duluuu mmg tak sah kami tak jumpa berceritaa berkongsi itu ini. Bila dah masuk u, Alhamdulillah dapat sama dengan diaa, UMT. Aku tahu aku masih ada org yang sokong aku kat sini. Tapi mmg betul punnn. Disebabkan kami jarang jumpaaa, so kami mmg akan set date untuk dating berudaaa sama ada makan atau lepak tepi pantai. Klu masing2 busy tak sempat nak dating, tiba2 terserempak kat mana2, Ma Shaa Allah, tahu lahh aku punya excited jumpa org yg dah lama tak jumpa mcm mana kannn. Tak reti malu, time2 tu jugakk aku jerit nama diaa, aku peluk diaa, aku cium diaa, padahal semua mata pandang kitorg. Tapi peduli apa aku, aku rindu puteri. Tapi setiap kali aku peluk cium dia, mmg ada satu rasa yg pelik, rasa yang susah aku nak ungkapkan dgn kata2. Kadang tu pelukan aku menceritakan segala yang terpendm dihati, tanpa mulut berbicara dia tahu aku ada sesuatu yg aku sorokkan. She knows me well. Dan setiap kali itulahhh aku akan menitiskan air mata sama2 dgn diaa walau banyak mata memandang. Aku dan diaa takde beza, ujian demi ujian datang, tapi bentuk je yg berbeza. Tapi dia mmg sepenuhnya bergantung pada Allah. Itu sesuatu yang buat aku kagum dgn diaa. Aura dia sgt kuat. Aku akan rasa begituuu tenang klu solat sebelah diaaa. Setiap kali baca doa lepas solat, aku sukaa tengok dia. Sebab sungguh2 dia doaa sampai nangis2 walau didalam masjid. Aku tak mampu nak kusyuk berdoa mcm diaa klu ada mata yang memandang. Dan antara semuaa kawan perempuan yg aku rapat mmg she's the only one yang tahu kisah hidup aku dari A to Z. Entah kenapaa aku boleh percaya diaa sampai tahap itu. Dan dia jugaklahh antara motivator dan pemberi pendapat yang baikk dan jujur.
Waktu aku gelabah nak kahwin awal duluu pun dia sorg je yang cakap ayat ni kat akuu.
"Klu Syira rasa nak kahwin awal sebab nak elak buat dosa nak masuk syurga, syira salah. Banyak lagi cara lain kita boleh buat untuk menuju ke syurga. Klu betul syira nak kahwin skrg, Syira betul2 pasti syira mampu jadi isteri yang solehah yang baik untuk suami? Syira mampu jadi anak dan menantu yang baik buat parent syira dan bakal mertua? Syira rasa syira dah cukup ilmu dalam perkahwinan ke untuk melayari bahtera perkahwinan yang kita tatahu mcm mana rupanya nanti? Syira jangan risauu, banyak lagi perkara lain yang boleh bawak syira ke syurga, jangan buat keputusan terburu-buru sebab bila dah tersalah buat keputusan, syira yang akan tanggung masa depan syira." Memang terdiam dan tak salahlahh aku tanya pendapat diaa. Terpana aku dibuatnyaaa. 
Ni klu nak ceritaa semua yang Puteri buat kat akuu mmg sampai esok pun tak habis. To end up my celoteh malam ni, aku suka nak cerita lagi satu moment yang aku sukaaaaa sangat dgn puteri ni. Nampak simple tapi bermakna buat aku. Tatahulah kenapa :')
Puteri ni famous orgnyaa, jalan jalan kat UMT ni ada je org kenal diaa. Dan yang bestnyaa semua yg kenal dia tuu semua yang baik baik. So klu kami tengah date pun jangan berangan lahh dia nak focus ke aku jee. Kecuali klu aku bawak lari diaa ke tepi pantaii. Haha. Sebabnya klu dlm UMT adaa jee org dok tegur diaaa. So One dayyy, otw nak keluar dating dgn Puterii, tiba2 sekumpulan akak2 usrah panggil diaa. Lepas dah salam salam diorg pun tanyaaa, siapa aku. Aku senyum jee sebab si Puteri ni dah excited nak jawab. Haha. Tapi apa yang dia jawab tuu buat aku rasa bahagiaaa. padahal dia just bgtauu "Haaaa ni laa soulmate puteri, sambil tangan dok peluk aku." Betapa bangganya dia kenalkan aku as her soulmate kat org org yang tak kenal pun aku ni. Haha. Tapi itulahh yg buat aku bahagia. Pelikkan aku ni. Haha. Whateverrrr. 
Finally, habis jugakk cerita aku tentang sang puteri yang bagi aku hadiah dari Allah buat aku yang imannya tak tetap. Sebab dia lahh yang selalu tegur aku, ajak aku buat kebaikan, tunjukkan contoh yg baik untuk aku dan sentiasa tenangkan hati aku. Jangan salah anggap yeee. Kitorg bukan lesbian sebab asyik nak peluk nak cium soulmate bagai. Tapi mmg aku dan diaa begituu. Takde org lain yg dapat apa yg aku buat ke diaa. Sebab aku bukan jenis sukaa nak peluk2 cium2 org kecuali mmg dah tahap sayangg gilaaaa. And one more thing, sebab bila dapat peluk diaa rasa terlerai beban yang selama ni aku pendam dan datang balik semangat dan kekuatan diri aku. 
So sekian sahaja cerita aku malam ni. Btw, ni last sem aku ada dekat dgn diaaa. Lepas ni aku dah habis, tak dpt dahhh nak jumpaa diaa. 
Andai takde lagi waktu untuk kami berjumpa didunia ini, aku harap sgt kita boleh berjumpa di Syurga sanaa. Aamiiin, In Shaa Allah. :)

Syira Sayang Puteri Lillahitaa'la <3

Nahhh belanjaaa throwback sikit. Throwback rinduuu :p

Puteri Hiydayu

Kami Si Cantiksss

Atengggg. Syiraaa. Puteriiii

Small Reunion


THE END




Sincerely Syira

Wednesday, February 22, 2017

It's Life

Hello. Its another dayy I keep myself in this room while doing nothing. Yeahhh, obviously I hate this the most. So here, I'm spending my time. Its about life.

Satu perkara yang selalu aku ingatkan pada diri, hidup adalah pilihan. I'm not born in a wealthy family, my parent didn't pampered me at all they taught me how to survive in this life. Maka ini pilihan hidup aku. Secara jujurnya aku mula rapat dengan family aku sendiri since aku habis SPM. Sebab apa? Sebab bagi aku sejak aku masuk sekolah asrama dari form 1 sampai form 5, aku nak buktikan dekat family aku yang aku pandai berdikari. Kalau aku ada masalah dengan pelajaran, dengan kawan2, sakit atau apa sekalipun, tak pernah aku cerita kat family aku, kecuali duit belanja. haha. Bagi aku being an independent person will make me proud of myself. But I'm too independent. Sampai satu tahap bila cuti, duduk rumah, aku tak kenal adik beradik aku, aku tak faham makabah aku. Sampai aku lupa apa itu family. Sebab rumah aku bagaikan persinggahan, dan asrama tempat aku membesar.

To make it short, bila aku kene sambung belajar kat matrik kedah, baru aku jadi anak yang homesick. Berbulan tak balik buat hati aku tak tenteram, rindu menggunung dan aku sedar betapa pentingnya family untuk ada dekat dengan aku. Mulai saat itu, aku jadi lebih rapat dengan family aku, dan aku ceritakan semua tentang diri aku pada mereka. Aku juga percaya mereka adalah orang pertama yang perlu tahu kisah hidup aku. Dan hingga sekarang, aku jadikan family as a priority. Pada mereka aku bercerita, pada mereka aku berkongsi dan pada mereka aku berikan segala yang terbaik.

Off all this 22 years old, life shows me that there might be a day full with happiness, a day full with joys, a day full with laughter yet a day full with disappoint, a day full with tears, and a day full with bored. Terkadang pilihan yang kita buat beri kebahagian tetapi kadang ia beri kesedihan. Bukan kita yang salah buat pilihan, tapi ternyata pilihan itu memberi seribu hikmah disebalik setiap yang berlaku. Pilihan itu juga jadikan kita lebih kuat hadapi hari-hari seterusnya.

Bagai laut yang tenang tiba2 dilambung ombak, bagai malam yang gelap dihiasi bintang bulan, bagai hari yang tenang dihembus angin bayu. Begitulah hidup, yang kadang kita tatahu apa yang mendatang dan apa yang harus kita lalui. Manusia yang datang dan pergi, datang dan setia, datang dan hilang, datang untuk membahagiakan, datang sekadar singgahan dan datang untuk melukakan. Merekalah yang mengajar aku untuk hidup. Mungkin saat mereka datang, aku tak jadi yang terbaik hingga mereka pergi. Mungkin juga saat mereka datang, mereka tak jadi yang terbaik lalu menghilang. Mungkin juga kedua2 nya.

Saat aku sendiri, terkadang bila merungkai kembali perjalanan hidup, aku sedar ada manis dalam pahit, ada bahagia dalam perit, ada cahaya dalam gelap. Mungkin yang pahit, perit dan gelap itu mengajar aku untuk hidup lebih baik. Dan yang manis, bahagia dan cahaya itu, ajar aku untuk terus senyum dan bersykur. Kerana manusia mmg tidak dilahirkan terus senang, terus bahagia tanpa ujian.

To be honest, memang aku ini orangnya suka bercerita. Tanyalah mana2 kawan yang rapat, mmg diorg akan cakap aku banyak mulut. Aku juga orgnya suka mendengar dan suka juga beri motivasi. Tapi hingga satu hari aku sedar, apa yang aku cerita bukanlah apa yang lahir dari hati, aku suka mendengar supaya aku lebih kenal dan faham kawan kawan aku dan mereka lebih senang berkongsi dengan aku, dan aku suka bagi motivasi dekat org sebab sebenarnya motivasi tu adalah untuk aku. Aku akan sendiri bila aku ada pelbagai perkara difikiran. Dan aku akan muncul menghiasi hari kawan2 aku bila aku tenang kembali. Sebab aku tak suka org nampak aku lemah dan aku tak suka org nampak aku menangis. Dan kalau org itu tahu saat jatuh dan sedih aku, dia patut rasa special.

Sebab apa aku sendiri? Sebab aku tak pandai nak selindung reaksi muka aku bila aku ada apa2 masalah. Dan aku takut emosi aku akan merosakkan lagi keadaan. Jadi biarlah aku sendiri, memujuk diri dan cari kekuatan yang ada. Dan ternyata sekarang mmg aku selalu sendiri, sebab bagi aku sekarang adalah saat paling teruk dalam hidup. And I need to solve this right now or else I'll be even worst from this.

Aku rindu, aku yang dulu. 



Sincerely Syira