Wednesday, February 22, 2017

It's Life

Hello. Its another dayy I keep myself in this room while doing nothing. Yeahhh, obviously I hate this the most. So here, I'm spending my time. Its about life.

Satu perkara yang selalu aku ingatkan pada diri, hidup adalah pilihan. I'm not born in a wealthy family, my parent didn't pampered me at all they taught me how to survive in this life. Maka ini pilihan hidup aku. Secara jujurnya aku mula rapat dengan family aku sendiri since aku habis SPM. Sebab apa? Sebab bagi aku sejak aku masuk sekolah asrama dari form 1 sampai form 5, aku nak buktikan dekat family aku yang aku pandai berdikari. Kalau aku ada masalah dengan pelajaran, dengan kawan2, sakit atau apa sekalipun, tak pernah aku cerita kat family aku, kecuali duit belanja. haha. Bagi aku being an independent person will make me proud of myself. But I'm too independent. Sampai satu tahap bila cuti, duduk rumah, aku tak kenal adik beradik aku, aku tak faham makabah aku. Sampai aku lupa apa itu family. Sebab rumah aku bagaikan persinggahan, dan asrama tempat aku membesar.

To make it short, bila aku kene sambung belajar kat matrik kedah, baru aku jadi anak yang homesick. Berbulan tak balik buat hati aku tak tenteram, rindu menggunung dan aku sedar betapa pentingnya family untuk ada dekat dengan aku. Mulai saat itu, aku jadi lebih rapat dengan family aku, dan aku ceritakan semua tentang diri aku pada mereka. Aku juga percaya mereka adalah orang pertama yang perlu tahu kisah hidup aku. Dan hingga sekarang, aku jadikan family as a priority. Pada mereka aku bercerita, pada mereka aku berkongsi dan pada mereka aku berikan segala yang terbaik.

Off all this 22 years old, life shows me that there might be a day full with happiness, a day full with joys, a day full with laughter yet a day full with disappoint, a day full with tears, and a day full with bored. Terkadang pilihan yang kita buat beri kebahagian tetapi kadang ia beri kesedihan. Bukan kita yang salah buat pilihan, tapi ternyata pilihan itu memberi seribu hikmah disebalik setiap yang berlaku. Pilihan itu juga jadikan kita lebih kuat hadapi hari-hari seterusnya.

Bagai laut yang tenang tiba2 dilambung ombak, bagai malam yang gelap dihiasi bintang bulan, bagai hari yang tenang dihembus angin bayu. Begitulah hidup, yang kadang kita tatahu apa yang mendatang dan apa yang harus kita lalui. Manusia yang datang dan pergi, datang dan setia, datang dan hilang, datang untuk membahagiakan, datang sekadar singgahan dan datang untuk melukakan. Merekalah yang mengajar aku untuk hidup. Mungkin saat mereka datang, aku tak jadi yang terbaik hingga mereka pergi. Mungkin juga saat mereka datang, mereka tak jadi yang terbaik lalu menghilang. Mungkin juga kedua2 nya.

Saat aku sendiri, terkadang bila merungkai kembali perjalanan hidup, aku sedar ada manis dalam pahit, ada bahagia dalam perit, ada cahaya dalam gelap. Mungkin yang pahit, perit dan gelap itu mengajar aku untuk hidup lebih baik. Dan yang manis, bahagia dan cahaya itu, ajar aku untuk terus senyum dan bersykur. Kerana manusia mmg tidak dilahirkan terus senang, terus bahagia tanpa ujian.

To be honest, memang aku ini orangnya suka bercerita. Tanyalah mana2 kawan yang rapat, mmg diorg akan cakap aku banyak mulut. Aku juga orgnya suka mendengar dan suka juga beri motivasi. Tapi hingga satu hari aku sedar, apa yang aku cerita bukanlah apa yang lahir dari hati, aku suka mendengar supaya aku lebih kenal dan faham kawan kawan aku dan mereka lebih senang berkongsi dengan aku, dan aku suka bagi motivasi dekat org sebab sebenarnya motivasi tu adalah untuk aku. Aku akan sendiri bila aku ada pelbagai perkara difikiran. Dan aku akan muncul menghiasi hari kawan2 aku bila aku tenang kembali. Sebab aku tak suka org nampak aku lemah dan aku tak suka org nampak aku menangis. Dan kalau org itu tahu saat jatuh dan sedih aku, dia patut rasa special.

Sebab apa aku sendiri? Sebab aku tak pandai nak selindung reaksi muka aku bila aku ada apa2 masalah. Dan aku takut emosi aku akan merosakkan lagi keadaan. Jadi biarlah aku sendiri, memujuk diri dan cari kekuatan yang ada. Dan ternyata sekarang mmg aku selalu sendiri, sebab bagi aku sekarang adalah saat paling teruk dalam hidup. And I need to solve this right now or else I'll be even worst from this.

Aku rindu, aku yang dulu. 



Sincerely Syira

Wednesday, February 15, 2017

Tinta Hati

Senyumlah biar dirawat luka yang terpendam

Ku lihat langit, Ku lihat awan.
Cantik bintang bulan, berseri dimalam hari.
Ku dengar angin beserta ombak.
Tenang dingin menyapa diri.
Ku lihat manusia, kesana kemari mengatur langkah.
Tersenyum ceria melayari hidup.
Indahnya hidup bak bunga dilaman taman.
Andai aku juga begitu, pasti aku tak jadi begini.
Kuat walaupun hakikatnya lemah.
Tersenyum walau hakikatnya pedih.
Gelak walau hakikatnya menangis.

Hati ini tak betah menanggung segala rasa.
Namun apakan daya, hati ini juga tak ingin meluahkan.
Kadang aku cuba meluahkan, pada mereka yang sudi.
Namun tiada kekuatan untuk aku meluahkan semuanya.
Mungkin yang diluah hanya secebis rasa dihati.
Aku takut, bila diluah tiada siapa yang ingin memahami.
Aku takut, bila diluah, aku kehilangan.

Secebis kekuatan yang aku ada ini, bekalan dari Dia.
Yang kadang hati dihentam hebat bagai dihempap batu.
Tersepit sendiri, terdiam sepi.
Menyapu air mata yang cuba jatuh di pipi.
Siapa lagi yang sudi menerima aku melainkan Dia.
Siapa lagi yang sentiasa mendengar melainkan Dia.
Rintihan aku terlalu banyak. terlalu lama dipendam.
Hingga mungkin satu hari bila diri tak terdaya, aku jatuh.
Bukan sekali, tapi seringkali aku kutip satu persatu hati yang rapuh.
Aku cantum biar dia jadi lebih kuat. Kuat hadapi segala dugaan hidup.
Terkadang sajaa aku melihat orang yang lebih sukar perjalanannya.
Agar aku rasa bersyukur dengan setiap dugaan yang Kau berikan.
Terkadang sajaa aku cari kekurangan dalam kebahagiaan orang lain,
Agar aku sedar setiap manusia juga diduga.

Entah sampai bila aku diduga begini.
Aku tahu, Dia takkan biarkan doa doa aku berlalu pergi.
Bukan Dia yang lambat kabulkan doa doa aku.
Tapi aku yang tak sabar menunggu doa untuk dimakbulkan.
Andai saja diri ini mampu lebih bersabar, pasti aku temui manisnya dugaan ini.

Hati yang hancur itu aku simpan buat bekalan untuk terus kuat hadapi segala yang ditakdirkan.
Jiwa yang lemah itu aku rawat bagi terus bersemangat menghadapi ranjau kehidupan.
Entah sampai bila dapat aku rasa nadi yang berdetak.
Yang aku harap, sebelum nafas terakhir aku, biarlah aku mampu lihat doa doaku dimakbulkan.
Dan yang aku tunggu selama nyawa berdetak, biarlah aku menangis gembira melihat mereka disana.

Wahai diri yang berdosa, moga terus diberi hidayah dan petunjuk, moga diampunkan segala dosa, moga diberi kekuatan yang tidak putus agar aku mampu terus bertaubat dan Dia senang menunaikan permintaan aku  selama nyawa masih dipinjamkan.  



Sincerely Syira