Tuesday, March 7, 2017

Happy Birthday Puteriiiii!!!




DEAR SOULMATE <3




Sekecil Puteri Hiydayu, Happy 22nd budak kecikkkkkk. Hihi. How time flies, budak kecik dah umur 22 tahun babe. :P Ohh sebenarnyaa post ni taknak wish budak ni punnn. This post actually telling you why I love her soooooo much. 

Siapa Puteri bagi aku? Dia seorang yang sangat special. I never met any girlfriend yg macam dia. Takde org dapat tandingi diaaa. Sebab dia betul betul sayang akuuu. Org lain tak sayang aku ke? Takk, bukan itu maksud akuu. Tapi she is different. 

Let me tell you apa yang buat dia special.
Duluuuu, waktu mula-mula aku nak berubah kat matrik duluu, dia lahh antara pendorong utama. Apa yang dia buat? Dia bagi aku dan roomates pinjam tudung2 labuh diaaaa. Hihi. Habis tudung2 diaa kami try dan diaa tukang bg komen tapi komen diaa 
"Ya Allahhhh, cantiknyaaa kawan2 aku ni mcm niiii." 
Then, what do you expect? Mestilahhh sukaa org puji kau cantik, maka terbitlah keyakinan untuk kami bertudung labuhhhh. Next, dia lahhh jiranmate yang sentiasa ketuk pintu bilik kejut bangun subuh kalau bilik kitorg gelap time azan subuh dah berkumandang. Maka sejak itulahhh menjadi kebiasaan antar 3 bilik siapa bangun subuh awal akan jadi pengetuk pintuu. Ketuk smpai semua bangun subuh. Alhamdulillah, akhirnyaa semua ketuk pintu kejut bangun siap pergi jemaah subuh kat masjid. I seriously miss this moment. Time kita berlari-lari pakai telekung ke masjid sebab dengar imam dah nak start solat :D
Okayyy, pasal aku berubah, pasal aku jaga solatt. Next, pasal aurat. Aku ni bukan istiqamah sgt seblum ni, kadang sayang tengok baju tak berpakai so aku pakai. One dayyy, mmg ada date dgn dia kat tepi pantai. Tiba2 aku sampai bilik diaa, dia peluk aku dan cakap 
"Syira tahu takk puteri sayang syiraa" 
"Eeeeee puteri ni dah kenapaaaa? Tahu lahhh." 
"sebab puteri sayang syira lahh puteri rasa syira kene tukar baju ni." 
"Kenapa puteri, nampak seksi ke kecik ke? Ke baju ni kotor?"
"Puteri pandang pun dah nampak seksi, klu lelaki pandang?"
Allahhhh. Rasa nak nangis weyyyy org tegur kauuuuu. Klu tak free2 je aku bg tayang body kat org.
Bila aku tengok cermin balik, mmg betullah sebenarnya apa yg puteri tegur. Mula2 ingatkan takdelahhh nampak sgt, tapi siapa tahu mata nakal lelaki mcm mana kann.
So sebab dah sampai bilik diaaa dan diaa mmg pengumpul baju muslimah yg besar besar tak padan dgn dia yang kecikk, so aku pinjam lahh baju muslimah diaaa. Alhamdulillah, ada jugakk org sudi tegur aku. And she's the only one yang pernah tegur pakaian aku. Since that, mmg aku cuba sedaya upaya jaga pakaian aku, tapi maybe kdg2 terlajak jugak kot. Entahlah.
Dia jugaklahhh yang selalu ingatkan aku baca quran, kalau dia tengok aku dok lekaa tengok moviee dah lama tak pegang quran, Satgi dia datang kat katil akuu bawak quran pahtu tetiba baca quran kat akuuu. Dah siap baca dia akan pandang aku dan senyum. Teguran dia mmg sangat halus yang sampai aku tak lupaa walau kami jarang bersua muka sekarang.
Dia jugalahhhh sorang sahabat yang selalu aku cari untuk meluahkan isi hati. Di bahu dia lahh aku menangis, di pelukan dia lahh aku menenangkan diri. Sebenarnya kat matrik duluuu mmg tak sah kami tak jumpa berceritaa berkongsi itu ini. Bila dah masuk u, Alhamdulillah dapat sama dengan diaa, UMT. Aku tahu aku masih ada org yang sokong aku kat sini. Tapi mmg betul punnn. Disebabkan kami jarang jumpaaa, so kami mmg akan set date untuk dating berudaaa sama ada makan atau lepak tepi pantai. Klu masing2 busy tak sempat nak dating, tiba2 terserempak kat mana2, Ma Shaa Allah, tahu lahh aku punya excited jumpa org yg dah lama tak jumpa mcm mana kannn. Tak reti malu, time2 tu jugakk aku jerit nama diaa, aku peluk diaa, aku cium diaa, padahal semua mata pandang kitorg. Tapi peduli apa aku, aku rindu puteri. Tapi setiap kali aku peluk cium dia, mmg ada satu rasa yg pelik, rasa yang susah aku nak ungkapkan dgn kata2. Kadang tu pelukan aku menceritakan segala yang terpendm dihati, tanpa mulut berbicara dia tahu aku ada sesuatu yg aku sorokkan. She knows me well. Dan setiap kali itulahhh aku akan menitiskan air mata sama2 dgn diaa walau banyak mata memandang. Aku dan diaa takde beza, ujian demi ujian datang, tapi bentuk je yg berbeza. Tapi dia mmg sepenuhnya bergantung pada Allah. Itu sesuatu yang buat aku kagum dgn diaa. Aura dia sgt kuat. Aku akan rasa begituuu tenang klu solat sebelah diaaa. Setiap kali baca doa lepas solat, aku sukaa tengok dia. Sebab sungguh2 dia doaa sampai nangis2 walau didalam masjid. Aku tak mampu nak kusyuk berdoa mcm diaa klu ada mata yang memandang. Dan antara semuaa kawan perempuan yg aku rapat mmg she's the only one yang tahu kisah hidup aku dari A to Z. Entah kenapaa aku boleh percaya diaa sampai tahap itu. Dan dia jugaklahh antara motivator dan pemberi pendapat yang baikk dan jujur.
Waktu aku gelabah nak kahwin awal duluu pun dia sorg je yang cakap ayat ni kat akuu.
"Klu Syira rasa nak kahwin awal sebab nak elak buat dosa nak masuk syurga, syira salah. Banyak lagi cara lain kita boleh buat untuk menuju ke syurga. Klu betul syira nak kahwin skrg, Syira betul2 pasti syira mampu jadi isteri yang solehah yang baik untuk suami? Syira mampu jadi anak dan menantu yang baik buat parent syira dan bakal mertua? Syira rasa syira dah cukup ilmu dalam perkahwinan ke untuk melayari bahtera perkahwinan yang kita tatahu mcm mana rupanya nanti? Syira jangan risauu, banyak lagi perkara lain yang boleh bawak syira ke syurga, jangan buat keputusan terburu-buru sebab bila dah tersalah buat keputusan, syira yang akan tanggung masa depan syira." Memang terdiam dan tak salahlahh aku tanya pendapat diaa. Terpana aku dibuatnyaaa. 
Ni klu nak ceritaa semua yang Puteri buat kat akuu mmg sampai esok pun tak habis. To end up my celoteh malam ni, aku suka nak cerita lagi satu moment yang aku sukaaaaa sangat dgn puteri ni. Nampak simple tapi bermakna buat aku. Tatahulah kenapa :')
Puteri ni famous orgnyaa, jalan jalan kat UMT ni ada je org kenal diaa. Dan yang bestnyaa semua yg kenal dia tuu semua yang baik baik. So klu kami tengah date pun jangan berangan lahh dia nak focus ke aku jee. Kecuali klu aku bawak lari diaa ke tepi pantaii. Haha. Sebabnya klu dlm UMT adaa jee org dok tegur diaaa. So One dayyy, otw nak keluar dating dgn Puterii, tiba2 sekumpulan akak2 usrah panggil diaa. Lepas dah salam salam diorg pun tanyaaa, siapa aku. Aku senyum jee sebab si Puteri ni dah excited nak jawab. Haha. Tapi apa yang dia jawab tuu buat aku rasa bahagiaaa. padahal dia just bgtauu "Haaaa ni laa soulmate puteri, sambil tangan dok peluk aku." Betapa bangganya dia kenalkan aku as her soulmate kat org org yang tak kenal pun aku ni. Haha. Tapi itulahh yg buat aku bahagia. Pelikkan aku ni. Haha. Whateverrrr. 
Finally, habis jugakk cerita aku tentang sang puteri yang bagi aku hadiah dari Allah buat aku yang imannya tak tetap. Sebab dia lahh yang selalu tegur aku, ajak aku buat kebaikan, tunjukkan contoh yg baik untuk aku dan sentiasa tenangkan hati aku. Jangan salah anggap yeee. Kitorg bukan lesbian sebab asyik nak peluk nak cium soulmate bagai. Tapi mmg aku dan diaa begituu. Takde org lain yg dapat apa yg aku buat ke diaa. Sebab aku bukan jenis sukaa nak peluk2 cium2 org kecuali mmg dah tahap sayangg gilaaaa. And one more thing, sebab bila dapat peluk diaa rasa terlerai beban yang selama ni aku pendam dan datang balik semangat dan kekuatan diri aku. 
So sekian sahaja cerita aku malam ni. Btw, ni last sem aku ada dekat dgn diaaa. Lepas ni aku dah habis, tak dpt dahhh nak jumpaa diaa. 
Andai takde lagi waktu untuk kami berjumpa didunia ini, aku harap sgt kita boleh berjumpa di Syurga sanaa. Aamiiin, In Shaa Allah. :)

Syira Sayang Puteri Lillahitaa'la <3

Nahhh belanjaaa throwback sikit. Throwback rinduuu :p

Puteri Hiydayu

Kami Si Cantiksss

Atengggg. Syiraaa. Puteriiii

Small Reunion


THE END




Sincerely Syira