Thursday, February 28, 2013

Jumaat :)

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hai readers. Are you ready for Jumaat? Hee. Excited pulak kan. Okay rasanya da lama aku tak berkongsi ilmu kan. So, before that maafkan segala kekhilafan diri yee. Rasanya aku macam dah jauh dengan Allah. Astaghfirullahalazim. Dengan rasa rendah dirinyaa siapa2 yang boleh tarik aku balik ke jalan Nya, just do. Semoga diri aku masih diberi kesematan untuk menerima hidayahNya laa kan. Inshaa Allah :)

Okay, act aku nak share pasal Hari Jumaat ni. Seriously , banyak kelebihan. Teruja aku sebab before ni tak pernah tahu un kan. So tomorrow is Friday! Yes. Jumaat tu hari paling hebat dalam seminggu ni tau. Thats why Allah S.W.T turunkan surah lengkap iaitu Surah al-Jumu'ah. So lets we expplore apa lagi kelebihan hari Jumaat ni.

Firstly, jom kita tinjau amalan yang seharusnyaa kita lakukan pada hari Jumaat ni. Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan ketiika solat Subuh.

Abu Hurairah menceritakan: " Rasulullah s.a.w. selalu membaca surah al-Sajdah dan al-Insan ketika solat Subuh pada hari Jumaat." ( Riwayat al-Bukhari)

Hikmah baca surah-surah ni ialah isi kandungannya berkaitan tentang kejadian manusia dan kejadian pada hari kiamat. So bertetapan lah dengan janji Rasulullah s.a.w. bahawa kiamat tidak akan berlaku selain pada hari kiamat. Maka sama-samalah kita mengingati antara satu sama lain supaya menghargai Jumaat yang mendatangkan. 

Then, membaca surah al-Kahfi. Kenapa? Sebab....

Abu Sa'id al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan memberi cahaya kepadanya di antara kedua-dua Jumaat. " ( Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi )

Nice kan? So tanak kejar ke kelebihan tu. Marilah sama-sama kita amalkan. Setiap hari Jumaat tau. Haa jangan lupa pulak nak mandi sunat hari Jumaat. Especially kaum Adam. Take note please ;)

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Apabila seseorang hendak pergi memunaikan solat Jumaat, maka hendaklah dia mandi. " ( Riwayat al-Bukhari )

Cuba check balik before2 ni, anda ya wahai kaum Adam bila agaknyaa anda hadirkan diri ke Masjid? So, let me tell you. Hadir awal ke masjid pun banyak ganjarannya tau. Meh sini tengok! 

  1. Orang yang mandi seperti mandi junub pada hari Jumaat lantas hadir ke masjid seolah-olah dia telah melakukan ibadat korban seekor unta.
  2. Orang yang pergi ke masjid pada saat kedua, pahalanya umpama melakukan korban seekor lembu.
  3. Orang yang hadir ke masjid pada saat ketiga, pahalanya seperti korban seekor kambing bertanduk.
  4. Orang yang hadir ke masjid pada sat keempat, pahalanya seperti korban seekor ayam.
  5. Orang yang hadir ke masjid pada saat kelima, pahalanya umpama korban sebiji telur.
So, cepat check korban mana yang anda dah lakukan and for the next Jumaat, jangan laa lambat2 lagi. Rugi sangat laa ada peluang tak direbut kan?

Riwayat Imam al-Zuhri, Baginda bersabda, mafhumnya: " Apabila imam memulakan khutbah, para malaikat yang mencatat kehadiran para jemaah di setiap pintu akan masuk ke dalam masjid untuk mendengar khutbah."

Dan seharusnyaa kita erlu tahu bahawa diHARAMkan urusan jual beli di saat azan berkumandang dan khatib memulakan khutbah.Sesungguhnya, berniaga pada waktu ini tidak akan menjadikan anda seorang jutawan yang diberkati Allah pun. So nak kaya ke nak berkat Allah? Think by yourself *.*

Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, apabila diseru azan untuk  menunaikan solat pada hari Jumaat, maka segeralah (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan melaksanakan solat Jumaat) dan tinggalkan urusan jual beli (pada saat itu). Demikian adalah baik bagi kamu jika kamu mengetahui (hakikat sebenarnya)." Surah al-Jumu'ah 62:9

Selain tu, kita digalakkan membersihkan diri pada hari Jumaat dan memperbanyakkan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w. yang telah berjuang dan berkorban menyampaikan ajaran Islam. Okay cukup anjang dah entry aku kali ni. Tapi hopefully dapat memberi kesan dan membuka minda pada diri masing-masing terutamanya kaum Adam yee. Kaum Hawa pun sama. Jangan berleka-leka dengan kesenangan dunia yang sementara tapi kejarlah nikmat akhirat yang kekal abadi. Inshaa Allah. Wallahualam. Semoga kita bertemu kembali yee. Ceh ada gaya  ustazah-ustazah bagi ceramah tak? Hehe. Ada cita-cita tau! Inshaa Allah. :D 

Okay, sekian sahaja. Semoga hari esok dan hari yang mendatang lebih baik dari hari ini dan semalam. Sma-sama kita tingkatkan taqwa dan tambahkan iman yaa. Ingatlah, muslim di dunia adalah neraka tapi kafir di dunia adalah syurga. Sebab tu banyak perkara didunia yang meneronokkan kita tak boleh buat. Sabar! Kelak nikmat di akhirat akan diperolehi. Assalamualaikum :)


Sincerely Syira

Friday, February 15, 2013

Kematian

Bismillah.
Assalamualaikum.

     Hey readers! Alhamdulillah, jumaat telah meninggalkan kita. So, have you done your Al-kahfi readings? Semoga bacaan kita tu nanti dapat jadi benteng kita daripada fitnah DAJJAL yee. Inshaa Allah. Now, back to the topic.

     Okay, setiap insan yang lahir pasti akan kembali kepadaNya. Cuma kita je tatahu bila, dimana, dan macam mana kita dikembalikan tu. Harini aku dengar berita kematian adik kepada junior aku ( Haikal ) and nenek kepada senior aku (Kakak Juefa). Takziah kepada mereka sekeluarga. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan dibawah lindunganNya. Actually, mendengarkan berita kematian ni da selalu. Sebab tiap2 hari pun ada orang yang meninggal same goes tiap2 hari pun ada orang yang dilahirkan kan. Ya, aku sedih tiba2. Even mereka yang pergi tu tade hubungkait dgn aku pun. Tapi aku sedih sebab saudara se-Islam ku telah pergi. Al-Fatihah.

     Dan apa yang sedang berlegar dalam kepala otak aku ialah, ya harini mereka pergi. Esok lusa giliran siapa pulak? Aku takut sangat. Takut kejap lagi nyawa aku pulak ditarik. Kenapa takut? Sebab aku rasa amal aku tak cukup lagi untuk tampung aku di akhirat nanti dan pahala aku tak cukup nak bawak aku ke Syurga. Ya Allah! Hina nyaa aku. Sememangnyaa aku tak siap hadapi saat sakaratulmaut tu. Even Nabi pun rasa betapa sakitnyaa sakaratulmaut tu, inikan kita yang hanya insan lemah dan hina ni. Fikirlah sendirikan.

     Then, kalau bukan nyawa kita yang ditarik how about nyawa orang yang kita paling sayang yang diambil dahulu? Apa ya perasaan kita saat tu? Hanya Allah yang tahukan. Mungkin kata-kata semangat terus berlegar2 di telinga kita kan. Tak lupa juga doa2 insan lain. Waktu tu kita sedar tak yang selama mereka hidup apa yang kita buat untuk bahagiakan mereka? Pernah tak kita hargai dia? Ada tak kita selalu menjaga hati dia? Ya sememangnyaa soalan2 macam ni akan terfikir sendiri kan. Itulah fitrah manusia. Bila da tak ada baru nak menyesal bagaikan. Back to me laa senang cerita. Aku pun selalu tak menghargai orang yang pernah hadir dalam hidup aku ni. So, from now I learned. Betapa berharga dan bernilainyaa mereka yang pernah hadir dalam hidup aku ni kan.

    Lastly, kepada saudara Islam yang telah pergi menghadapNya, aku doakan semoga roh aman dan tenang di sana. Dan semoga amal dapat dijadikan benteng serta dapat menjadi ahli SyurgaNya. Inshaa Allah. Yang masih hidup ni, teruskan kehidupan. Semoga dapat mempersiapkan diri dengan amal-amal yang membantu kita di akhirat kelak. Semoga kita dapat menghargai setiap detik nadi berdenyut dan setiap nafas yang dipinjamkan Allah ini. Semoga sakaratulmaut kita diringankan dan dipermudahkan. Semoga roh kita aman dan tenang. Semoga kita mendapat syafaat Rasulullah SAW. Dan pastikan kita perbaiki setiap kelemahan diri kita. Inshaa Allah. Beramal laa seperti orang yang sedang menunggu saat kematian. Tak lupa juga untuk kita belajar menghargai orang yang pernah hadir dalam hidup kita. Wassalam.

HARI INI LEBIH BAIK DARI HARI SEMALAM : UNTUNG
HARI INI SAMA DENGAN HARI SEMALAM : RUGI
HARI INI LEBIH TERUK DARI HARI SEMALAM : CELAKA

MATI itu PASTI!

Kurangkan maksiat dan larah, 
Tingkatkan amal dan kebaikan.

# Muhasabah diri selagi kita diberi peluang. Semoga pintu hati aku dan muslim serta muslimah terus terbuka untuk menikmati indahnyaa Ciptaan Allah SWT. :')



Sincerely Syira

Thursday, February 14, 2013

Just sharing - Takdir Allah :)

 Bismillah.
Assalamualaikum. :)

Hey people! Alhamdulillah, aku masih berkesempatan untuk meng-update ini blog. Tiba-tiba rasa macam excited nak share entry ni. Actually, aku sedang merangkak-rangkak improve diri ni. So, aku tanak laa berubah sorang2 kan. Inshaa Allah selagi aku mampu dan diizinkanNya aku share laa sedikit sebanyak ilmu yang aku da dapat kan. Before that, aku ni hanya insan yang lemah dan hina, oleh itu dalam kerendahan hati, mohon dimaafkan segala kekhilafan diri ini. Dan mohon ditegur segala yang ketidakbaikan diri ini. Semoga anda2 semua di bawah lindungan dan rahmatNya. Inshaa Allah. Okay, just muqadimah :)

So, baru-baru ni aku ada laa recharge iman balik kan. Maklumlaa dulu nak charge iman datang INTROSPEKSI IMAN je kan. Sekarang da habis sekolah, pandai2 laa nak hidup kan. *berapa banyak 'kan' laa aku ni. haih. -.-'
Haa sebenarnyaa sebagai insan kita perlu dan teramat lah perlu *wajib untuk meyakini yang semua perkara yang terjadi telah ditakdirkan Allah.

#Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Allah telah menetapkan ketentuan semua makhluk sebelum Dia menciptakan langit dan bumi selama 50000 tahun. " (Riwayat Muslim)

Ya, kita selalu berbahas tentang takdir Allah kan? Tapi sebenarnya perbahasan itu secara tidak sedar. Maka dengan itu, kita selalu kene ingat bahawa, perbahasan tentang takdir Allah itu terlalu rumit dan sesungguhnya Allah sahaja yang mengetahui. So, kita seharusnyaa meyakini takdir Allah, dan terus beramal selagi kita mampu. Tahu tak? Perdebatan tentang hakikat takdir Allah itu akan menimbulkan kekeliruan. Dan yang paling aku tak sangka ia mampu menutup pintu amal kebaikan kita. Nau'zubillah. Siapa nak kan? Actually, aku amat SENTAP -.-' Know why? haha. Sebab aku selalu buat perkara ini dgn sorang sahabat aku ni. So bila aku baca statement ni aku straight share dgn sahabat aku tu. Tanak laa kami cenderung kepada perkara ini lagi kan. Inshaa Allah. Then, sahabat aku cakap, kita kene bersyukur bila kita rasa sentap tu, maksudnya Allah masih buka hati kita untuk memahaminya. Yesss! Aku setuju tu. Hee. Indah kan Islam ni?

Ilmu ni memang nampak simple tapi ia amat berharga buat kita sebenarnya, sebab sememangnya dalam harian kita dalam tak sedar kita da perbahaskan takdir Allah ni kan? Macam tu laa aku. So, Alhamdulillah aku tahu ilmu ni. Sekurang-kurangnyaa aku takan buat lagi kan. *promise! Sama-sama laa kita muhasabah diri yee. 

Thanks for readings and hope ilmu ni bermanfaat untuk kalian. Barakallahukum :)

# Teringat waktu aku kene bagi introspeksi iman duluu. Rindunyaaa! -.-'

Sincerely Syira

Sunday, February 10, 2013

New !

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hai readers! Blog ni tak siap sepenuhnyaa lagi. Later I siapkan ye. Haha. Saja gedik-gedik nak buat blog baru. Bosan dengan yang lama. hee. So, HELLO! :)

#Peace yaw! -.-'

Sincerely Syira