Bismillah.
Assalamualaikum.
Hai readers. Are you ready for Jumaat? Hee. Excited pulak kan. Okay rasanya da lama aku tak berkongsi ilmu kan. So, before that maafkan segala kekhilafan diri yee. Rasanya aku macam dah jauh dengan Allah. Astaghfirullahalazim. Dengan rasa rendah dirinyaa siapa2 yang boleh tarik aku balik ke jalan Nya, just do. Semoga diri aku masih diberi kesematan untuk menerima hidayahNya laa kan. Inshaa Allah :)
Okay, act aku nak share pasal Hari Jumaat ni. Seriously , banyak kelebihan. Teruja aku sebab before ni tak pernah tahu un kan. So tomorrow is Friday! Yes. Jumaat tu hari paling hebat dalam seminggu ni tau. Thats why Allah S.W.T turunkan surah lengkap iaitu Surah al-Jumu'ah. So lets we expplore apa lagi kelebihan hari Jumaat ni.
Firstly, jom kita tinjau amalan yang seharusnyaa kita lakukan pada hari Jumaat ni. Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan ketiika solat Subuh.
Abu Hurairah menceritakan: " Rasulullah s.a.w. selalu membaca surah al-Sajdah dan al-Insan ketika solat Subuh pada hari Jumaat." ( Riwayat al-Bukhari)
Hikmah baca surah-surah ni ialah isi kandungannya berkaitan tentang kejadian manusia dan kejadian pada hari kiamat. So bertetapan lah dengan janji Rasulullah s.a.w. bahawa kiamat tidak akan berlaku selain pada hari kiamat. Maka sama-samalah kita mengingati antara satu sama lain supaya menghargai Jumaat yang mendatangkan.
Then, membaca surah al-Kahfi. Kenapa? Sebab....
Abu Sa'id al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan memberi cahaya kepadanya di antara kedua-dua Jumaat. " ( Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi )
Nice kan? So tanak kejar ke kelebihan tu. Marilah sama-sama kita amalkan. Setiap hari Jumaat tau. Haa jangan lupa pulak nak mandi sunat hari Jumaat. Especially kaum Adam. Take note please ;)
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Apabila seseorang hendak pergi memunaikan solat Jumaat, maka hendaklah dia mandi. " ( Riwayat al-Bukhari )
Cuba check balik before2 ni, anda ya wahai kaum Adam bila agaknyaa anda hadirkan diri ke Masjid? So, let me tell you. Hadir awal ke masjid pun banyak ganjarannya tau. Meh sini tengok!
- Orang yang mandi seperti mandi junub pada hari Jumaat lantas hadir ke masjid seolah-olah dia telah melakukan ibadat korban seekor unta.
- Orang yang pergi ke masjid pada saat kedua, pahalanya umpama melakukan korban seekor lembu.
- Orang yang hadir ke masjid pada saat ketiga, pahalanya seperti korban seekor kambing bertanduk.
- Orang yang hadir ke masjid pada sat keempat, pahalanya seperti korban seekor ayam.
- Orang yang hadir ke masjid pada saat kelima, pahalanya umpama korban sebiji telur.
Riwayat Imam al-Zuhri, Baginda bersabda, mafhumnya: " Apabila imam memulakan khutbah, para malaikat yang mencatat kehadiran para jemaah di setiap pintu akan masuk ke dalam masjid untuk mendengar khutbah."
Dan seharusnyaa kita erlu tahu bahawa diHARAMkan urusan jual beli di saat azan berkumandang dan khatib memulakan khutbah.Sesungguhnya, berniaga pada waktu ini tidak akan menjadikan anda seorang jutawan yang diberkati Allah pun. So nak kaya ke nak berkat Allah? Think by yourself *.*
Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, apabila diseru azan untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka segeralah (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan melaksanakan solat Jumaat) dan tinggalkan urusan jual beli (pada saat itu). Demikian adalah baik bagi kamu jika kamu mengetahui (hakikat sebenarnya)." Surah al-Jumu'ah 62:9
Selain tu, kita digalakkan membersihkan diri pada hari Jumaat dan memperbanyakkan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w. yang telah berjuang dan berkorban menyampaikan ajaran Islam. Okay cukup anjang dah entry aku kali ni. Tapi hopefully dapat memberi kesan dan membuka minda pada diri masing-masing terutamanya kaum Adam yee. Kaum Hawa pun sama. Jangan berleka-leka dengan kesenangan dunia yang sementara tapi kejarlah nikmat akhirat yang kekal abadi. Inshaa Allah. Wallahualam. Semoga kita bertemu kembali yee. Ceh ada gaya ustazah-ustazah bagi ceramah tak? Hehe. Ada cita-cita tau! Inshaa Allah. :D
Okay, sekian sahaja. Semoga hari esok dan hari yang mendatang lebih baik dari hari ini dan semalam. Sma-sama kita tingkatkan taqwa dan tambahkan iman yaa. Ingatlah, muslim di dunia adalah neraka tapi kafir di dunia adalah syurga. Sebab tu banyak perkara didunia yang meneronokkan kita tak boleh buat. Sabar! Kelak nikmat di akhirat akan diperolehi. Assalamualaikum :)

No comments:
Post a Comment