Friday, July 19, 2013

Solat Jemaah

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t.

Salam Ramadhan semua. Diam tak diam dah lepas seminggu dah kita berpuasa. So, macam mana amalan bulan ramadhan ni? Is it nice? Hee. Hopefully okay laa kan semuanyaa. Actually, kalau nak diceritakan tentang kelebihan bulan Ramadhan teramat lah banyak, luas dan tak boleh habis ceritalah senang cakap. Tapi kita ni selalu je alpa kalau tak diingatkan kan. Tapi topik yang aku nak share kali ni pasal solat jemaah. Bila Ramadhan, Alhamdulillah masjid surau semua meriah laa berbanding bulan-bulan lain. Sebab wujudnyaa tarawih kan. So, tarawih mestilah berjemaah beramai-ramai. Tapi kita kene tengok pulak, niat sebenar kita bertarawih tu. Kalau bersungguh-sungguh nak rebut pahala, Alhamdulillah. Tapi kalau sebaliknya Nau'zubillah. 





Sebenarnya, aku terfikir laa. Satu hari waktu aku solat tarawih kat Masjid KMK terchenta ni, ada sorang ustaz ni tegur. Katanya kita patut mendahulukan yang fardhu untuk berjemaah lebih dari yang sunat. Tapi bila tengok-tengok balik, majoriti student kat sini tarawih turun masjid solat jemaah, tapi waktu maghrib tak jemaah pulak. Nampak tak kat situ, yang kita ni memang selalu alpa. Kita tak sedar pahala jemaah yang fardhu tu lebih berganda daripada pahala jemaah sunat kan. Kenapa entah waktu Maghrib tak semeriah waktu tarawih masjid tu. So, aku concludekan maybe sebab masing-masing sibuk nak berbuka mengisi kekosongan perut kotttt. Tapi tak boleh jugak kan. Takkan depan Allah SWT nanti kita nak jawab macam tu kan-.-' So, apa-apa pun haruslahh bijak bahagikan masa kita ni kan. Yang pasti, solat jemaah, tak kisah laa kat mana pun kann. Well, masa itu emas yee. 

So, from that aku didik laa diri aku solat jemaah tanak tinggal dah. Rugi teramat sangat. Dan disebabkan aku pun tak turun masjid jugak *masjid jauuuhh tapi tanak tinggal jemaah punya pasal, aku tarik laa roomate aku semua solat jemaah sama-sama. Bak kata diorang, " Aku takut laa nak jadi imam, takut nak tanggung makmum. " So, okay tak pe, aku boleh jadi Imam korang. Seikhlas hati. Aku sanggup sampai habis matrik pun aku boleh. In Shaa Allah. Bila mereka ni tak jemaah, aku jadi ustazah laa kan membebel kat diorang. Kesian kene dengar ceramah panjang lebar aku. Padan laa muka kann. Tak pe, banyak faedah wey. aling kelakar bila nak jadi imam tu laa kan. Dia tolak dia, dia tolak dia. Jap lagi aku sambung bebel balik. Ayat aku rugi weyyyy. Tolong lah jemaah. HAHA. Aku harap mereka ikhlas dan bukan kerana aku yang memaksa. Hee. 

Okay, kalau sampai habis matrik kita jemaah sama-sama aku sayang korang dunia akhirat wey. Roomates, sahabat till Jannah. In Shaa Allah. Dan jangan laa pulak bila aku lupa, korang tak reti nak ingatkan aku yee. Huhu. Eh one more thing aku nak share. Its about roomate aku yang chinese tu. Hoyeaaahhhh. Aku suka laa dia. Dia sangat menunjukkan hormat dan minat dia tentang Islam. Dan kami bertiga ni selalu laa mengajak dia dekat lagi dan lagi dalam Islam. Sampaikan kalau bagi salam nak masuk bilik tu, dia pun jawab sama. Awesome sangat! Dan Ahad ni, jyeeaah, dia nak merasa puasa sama-sama dengan kami. Seronoknyaaa. Memang terbaik lah dia ni. Bangga aku dengan ada roomate macam dia. In Shaa Allah, semoga satu hari nanti aku jumpa dia dah convert Islam dah. Kami doakan kamu Wong! We love youuu! <3<3<3 :) Eheh, terover pulaa. 
Awesome roomates <3
Done, cukuplah tu aku meluahkan pendapat dan rasa. Now, time to study. Focus! Focus! dan Focus! UPS is around the corner, maka janganlah aku lalai lagi. Doakan aku study baik2 yee. Thanks all :D Wallahualam. 

Sincerely Syira

Saturday, July 6, 2013

Istiqamah :)

                      Assalamualaikum. w.b.t.

Oh rasanya da lama aku tak menjengok blog ni haaa. bukan nak cakap jengok, jeling pun tadee. huhu. Maaf aku melupakan hak kau untuk dipenuhi. Okay disebabkan aku da lama tak taip-menaip ni jari aku jadi kaku tak tahu nak taip apa. Tapi aku tetap gagahkan diri sebab nak share satu perkara yang rasanya penting untuk pengetahuan semua. Ceh. Bahasa Melayu da tak belajar jadi aku harap kalau ayat aku mcam mengong je ignore them. huhu. -.-' Cukuplah mukadimah dgn bebelan aku.
 So, apa kita tahu dan faham tentang istiqamah. Mungkin sesetengah pihak bila dengar istiqamah je terus fikir tentang Islamik kan? kan? kan? Jadi mari kita buka minda kita melihat lebih jauh apa yang dikatakan dengan Istiqamah. Sememangnyaa laa kita tahu dalam Islam kalau kita nak berubah perkara paling susah adalah untuk beristiqamah. Berpegang pada jalan yang lurus tanpa berputus asa. Tapi dalam konteks kehidupan seharian juga kita perlu beristiqamah. Tidak kira laa dalam pelajaran, sukan, pekerjaan dan macam2 lagi laa. 

Contohnya macam pelajaran, cuba kita terapkan istiqamah dalam belajar. Istiqamah ni perkara yang berterusan dalam keadaan yang sedikit. Maksudnyaa kita terus belajar walau sekejap tapi setiap hari kita buat, maka itu dikatakan istiqamah. Mungkin disebabkan kita punya istiqamah dalam pelajaran, maka tidak mustahil kita digelar pelajar cemerlang satu hari nanti. Istiqamah ni sebenarnya dapat kita lihat pada sikap non-muslim yang sentiasa luangkan masa untuk belajar walaupun sekejap dan sedikit.

Next, bila kita bersukan pun. Kalau kita tak berterusan tambahkan fitness kita, mungkin satu hari kita tak mampu nak berlari pecut 100M lagi. Ataupun kalau dalam satu team tu kita tak berterusan buat latihan sama-sama, kita mungkin tak kan dapat nak faham dan kenal cara permainan rakan-rakan sepasukan yang lain. Dan bila kita tak serasi dengan mereka, mula lah game kita nanti akan jadi huru-hara, kacau-bilau dan seterusnya kekalahan menjadi milik kita. Sama seperti jika kita dah ketinggalan mata, maka beristiqamah untuk terus mengejar kerana siapa tahu, kita mampu untuk menjadi juara.

Dalam pekerjaan pulak, kita memang tahu sekarang ni banyak pekerjaan yang ada. Dan dalam satu pekerjaan tu ramai yang memegang jawatan yang sama, ada yang lebih tinggi, ada yang lebih rendah. Maka cuba kita terapkan sikap istiqamah dalam pekerjaan. In Shaa Allah, boss kita akan isyhtiharkan kita pekerja terbaik ataupun dinaikkan pangkat atau gaji dan sebagainyaa. Istiqamah dalam melakukan setiap kerja yang kita ada pun da menunjukkan kita ikhlas melakukan kerja tersebut. Dan kerana istiqamah hidup kita lebih terurus. Jadi orang senang nak berurusan dengan kita.

Dan disebabkan Ramadhan pun sudah menghampiri, maka jangan lupa untuk istiqamah beribadah dan mendekati Allah SWT pulaa. Kerana bulan ramadhan adalah bulan yang sangat mulia yang mana ibadah sunat mendapat pahala ibadah wajib dan yang wajib digandakan lagi pahalanyaa. Mungkin kita akan rasa betapa ruginyaa kita tak memanfaatkan ramadhan sebaik yang mungkin. Dan cuba kita check iman kita, kalau kita excited sgt nak sambut ramadhan, maka iman kita baik, kalau kita biasa2 je, maka iman kita masih dalam keadaan stabil tapi kalau kita rasa kalau tade bulan ramadhan kan bagus, maka hancur sudah laa iman kita tu. Sama-samalah kita muhasabah diri yee. Cuba lah mencari nikmat dan keseronokan bulan ramadhan ni sebab bila kita da rasa kita akan harap agar sepanjang tahun kita nak bulan ramadhan. 

Tengok betapa luasnyaa konsep istiqamah dalam kehiduan kita, cuma kita je tak pernah nak amik tahu. Sebenarnyaa banyak lagi yang kita boleh kaitkan tapi rasanyaa cukup lah sampai disini. Jadi lepas ni mulakan hari anda dengan Bismillah dan terapkan nilai istiqamah dalam diri. Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang beristiqamah kerana mereka tidak berpurtus asa dan sudah pasti Allah akan membantu orang-orang yang disukaiNya. In Shaa Allah.

 Akhirulkalam, tingkatkan amalan, tetapkan iman, tambahkan taqwa dan selamat menyambut bulan Ramadhan. *sunat tahu sambut Ramadhan. Wallahualam. :)

Sincerely Syira