Saturday, July 6, 2013

Istiqamah :)

                      Assalamualaikum. w.b.t.

Oh rasanya da lama aku tak menjengok blog ni haaa. bukan nak cakap jengok, jeling pun tadee. huhu. Maaf aku melupakan hak kau untuk dipenuhi. Okay disebabkan aku da lama tak taip-menaip ni jari aku jadi kaku tak tahu nak taip apa. Tapi aku tetap gagahkan diri sebab nak share satu perkara yang rasanya penting untuk pengetahuan semua. Ceh. Bahasa Melayu da tak belajar jadi aku harap kalau ayat aku mcam mengong je ignore them. huhu. -.-' Cukuplah mukadimah dgn bebelan aku.
 So, apa kita tahu dan faham tentang istiqamah. Mungkin sesetengah pihak bila dengar istiqamah je terus fikir tentang Islamik kan? kan? kan? Jadi mari kita buka minda kita melihat lebih jauh apa yang dikatakan dengan Istiqamah. Sememangnyaa laa kita tahu dalam Islam kalau kita nak berubah perkara paling susah adalah untuk beristiqamah. Berpegang pada jalan yang lurus tanpa berputus asa. Tapi dalam konteks kehidupan seharian juga kita perlu beristiqamah. Tidak kira laa dalam pelajaran, sukan, pekerjaan dan macam2 lagi laa. 

Contohnya macam pelajaran, cuba kita terapkan istiqamah dalam belajar. Istiqamah ni perkara yang berterusan dalam keadaan yang sedikit. Maksudnyaa kita terus belajar walau sekejap tapi setiap hari kita buat, maka itu dikatakan istiqamah. Mungkin disebabkan kita punya istiqamah dalam pelajaran, maka tidak mustahil kita digelar pelajar cemerlang satu hari nanti. Istiqamah ni sebenarnya dapat kita lihat pada sikap non-muslim yang sentiasa luangkan masa untuk belajar walaupun sekejap dan sedikit.

Next, bila kita bersukan pun. Kalau kita tak berterusan tambahkan fitness kita, mungkin satu hari kita tak mampu nak berlari pecut 100M lagi. Ataupun kalau dalam satu team tu kita tak berterusan buat latihan sama-sama, kita mungkin tak kan dapat nak faham dan kenal cara permainan rakan-rakan sepasukan yang lain. Dan bila kita tak serasi dengan mereka, mula lah game kita nanti akan jadi huru-hara, kacau-bilau dan seterusnya kekalahan menjadi milik kita. Sama seperti jika kita dah ketinggalan mata, maka beristiqamah untuk terus mengejar kerana siapa tahu, kita mampu untuk menjadi juara.

Dalam pekerjaan pulak, kita memang tahu sekarang ni banyak pekerjaan yang ada. Dan dalam satu pekerjaan tu ramai yang memegang jawatan yang sama, ada yang lebih tinggi, ada yang lebih rendah. Maka cuba kita terapkan sikap istiqamah dalam pekerjaan. In Shaa Allah, boss kita akan isyhtiharkan kita pekerja terbaik ataupun dinaikkan pangkat atau gaji dan sebagainyaa. Istiqamah dalam melakukan setiap kerja yang kita ada pun da menunjukkan kita ikhlas melakukan kerja tersebut. Dan kerana istiqamah hidup kita lebih terurus. Jadi orang senang nak berurusan dengan kita.

Dan disebabkan Ramadhan pun sudah menghampiri, maka jangan lupa untuk istiqamah beribadah dan mendekati Allah SWT pulaa. Kerana bulan ramadhan adalah bulan yang sangat mulia yang mana ibadah sunat mendapat pahala ibadah wajib dan yang wajib digandakan lagi pahalanyaa. Mungkin kita akan rasa betapa ruginyaa kita tak memanfaatkan ramadhan sebaik yang mungkin. Dan cuba kita check iman kita, kalau kita excited sgt nak sambut ramadhan, maka iman kita baik, kalau kita biasa2 je, maka iman kita masih dalam keadaan stabil tapi kalau kita rasa kalau tade bulan ramadhan kan bagus, maka hancur sudah laa iman kita tu. Sama-samalah kita muhasabah diri yee. Cuba lah mencari nikmat dan keseronokan bulan ramadhan ni sebab bila kita da rasa kita akan harap agar sepanjang tahun kita nak bulan ramadhan. 

Tengok betapa luasnyaa konsep istiqamah dalam kehiduan kita, cuma kita je tak pernah nak amik tahu. Sebenarnyaa banyak lagi yang kita boleh kaitkan tapi rasanyaa cukup lah sampai disini. Jadi lepas ni mulakan hari anda dengan Bismillah dan terapkan nilai istiqamah dalam diri. Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang beristiqamah kerana mereka tidak berpurtus asa dan sudah pasti Allah akan membantu orang-orang yang disukaiNya. In Shaa Allah.

 Akhirulkalam, tingkatkan amalan, tetapkan iman, tambahkan taqwa dan selamat menyambut bulan Ramadhan. *sunat tahu sambut Ramadhan. Wallahualam. :)

Sincerely Syira

No comments:

Post a Comment