Thank you for every single things happened through out the best year ever.
Tulang belakang utama dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Syahirah. Tahun paling mencabar yang akan jadi pengajaran untuk kehidupan yang mendatang. Tanpa mereka, mungkin aku tidak pergi sejauh ini. Tanpa mereka, mungkin aku tak betah melangkah di dunia yang penuh cabaran. Semakin meningkat umur, semakin aku menghargai hadirnya mereka dalam hidup aku, biar terkadang aku sedih kecewa hampa kerana mereka, tapi merekalah sumber kekuatan yang aku ada. Percayalah baik buruk sesebuah keluarga itu bukan menjadi penghalang untuk kita terus menyokong dan menyayangi keluarga.Terlalu banyak untuk aku ceritakantentang mereka dan biarlah hanya aku yang tahu setiap cerita antara aku dan mereka. Aku terlalu sayang dan rindukan mereka.
Anak yang selalu jauh dimata, dekat di hati :')
Al-Fatihah buat atok. 18/8/2016. Bukan senang kehilangan orang yg kau sayang, org yag selama ni jadi tempat kau bermanja, tempat kau berkongsi makan, tempat kau bergurau. Pedih rasanya bila hajat untuk berada disisi dia saat akhir nyawanya tidak kesampaian, Sungguh hingga ke hari ini, aku rindu peluk cium atok, rindu gurau senda atok, rindu manja atok, rindu kasih sayang atok. Takkan pernah aku lupa segala gurauan atok yang sentiasa buat aku terhibur. Dulu setiap kali aku balik kampung, aku mesti cari atok dulu, mesti nak cium satu muka atok tuu, mesti nak ajak atok makan sama, mesti nak bercerita dengan atok. Tapi sekarang setiap kali aku balik kampung, aku jadi kekok. Takde atok takde nenek untuk aku cari. Allah, sesungguhnya kehilangan mereka meninggalkan kesan yang besar dalam hidup aku. Semoga mereka tenang disana. Terima kasih atok dan nenek kerana telah menyayangi syira seumur hidup. Dan hingga ke harini ini biar jasad terpisah, kasih sayang atok dan nenek tak pernah pudar. Segala kata-kata mahupun gurauan atok nenek sentiasa menjadi peneman untuk aku kuat.
Cucu yang sentiasa merindui atok dan nenek :')
Duluu, aku hampir hilang percaya untuk berkawan, aku hampir jadi seorang manusia yg tak hiraukan org sekeliling. Aku dengan dunia aku sahaja. Tapi kehadiran mereka buat aku sedar, hidup perlukan manusia manusia jengkel mcm mereka untuk menghiasi hari-hari kau. Terlalu banyak kenangan antara aku dan mereka. Mereka ibarat keluarga aku yang sentiasa menyokong aku saat susah senang aku sepanjang aku berada jauh dari keluarga. Bila dengan mereka, takde satu perangai pun yang aku simpan, takde topik yang aku tak kongsi dari topik sekanank-kanak manusia hingga sematang-matang manusia. Dan aku yakin siapa yang memiliki mereka adalah manusia yang beruntung. Haha. Rumah mereka adalah tempat aku melepak tak sedar diri, main hentam tidur sampai 2 3 malam tak ingat nak balik bilik. Diorg ni rajin masak, masakan diorg semua sedap sedap. Aku rasa sangat bahagia duduk rumah diorg nu sebab setiap kali aku makan, ada teman. Haha. Maklumlahh tak reti nak makan sorang, feeling lonely nyaaa hidup. Dengan mereka jugaklahh kau boleh jadi retis. Kahkah, sebab mereka ada jurusolek yang lengkap alat semua, so klu stress bosan, depa dok keluaqkan semua barang solek,aku tukang tadah muka. And tak sah tak buat sesi photography lepas tuu. Huhu. Nak berjalan memana punn, mereka ni lahh tempat aku menumpang. Klu takde diorg, mungkin aku mmg jadi seorang manusia yg lonely dalam UMT ni. Thanks dear sisters untuk segala kenangan sepanjang kita kenal. 2017 will be the last year kita nak kumpul kenangan. Aku doakan korang dapat grad dgn jayanya, dapat kerja yang bagus dan semestinyaa jgn lupa jemput aku untuk kenduri korg nanti. Kenduri aku mmg korg wajib datang sebab masing2 dah berangan nak jadi mak andam lahh nak jadi wedding planner lahh apalahhh. haha. Macam-macam tau.
I Love them, so much. <3
Kawan yang sentiasa bahagia bila bersama :D
Last but not least, thank you for always be with me through out this year. Dulu aku selalu berangan jee nak hidup dengan laki ni. Tapi Alhamdulillah, Allah dah bukakan hati dia untuk jadikan angan-angan aku kepada realiti. Aku adalah manusia yang paling bersyukur mengenali dia. Tahun tahun sebelum, aku dah terbiasa sendiri, tanpa ada orang yg seperti dia. Tahun ni, semuanya berubah. Tatahulahh baik ke tak. haha. Sebab dia ajar aku untuk bergantung pada dia. Dia buat aku rasa selesa untuk berkongsi. Dia sentiasa buat aku tersenyum. Seumur hidup aku, dia lelaki gigih buat surprise bagi coklat bunga, dia yang selalu ada waktu susah senang aku, dan dia yang menerima segala baik buruk aku. Mungkin tak semua sebab selagi tak duduk sebumbung mana dia nak tahu perangai buruk aku ni mcm mana kann. Kahkah. Tapi aku nak cakap sepanjang tahun ni, dialah antara manusia yang jadi tulang belakang aku,yang selalu memahami dan menyokong setiap apa yang aku buat. Dialah tempat aku meluahkan segala rasa di hati, tempat aku berkongsi cerita mahupun masalah, tempat aku bergurau, tempat aku mengada,tempat aku bergaduh. Haha. Apa yang boleh aku nampak dalam diri aku sendiri, aku makin matang dalam satu hubungan, dan aku sentiasa bahagia sepanjang dengan dia. Dia ni jugak jadi pakar motivasi aku, haha, bila aku stress bila aku sedih kecewa down, jap lagi dapat lahh text berjela dari manusia sorg ni, dapatlah kata-kata sweet dari seorang pakcik kesayangan. Haha. Dan aku pun jadi tak sabar nak baca text panjang dia. aku paling suka dapat text panjang2 dari pakcik ni, sebab at the end, mesti aku tersenyum sendiri. Kahkah. Gediknyaa akuuu. Okayy stop it. I'm looking forward to the day yang jadikan mausia berdua ni satu. Sebab aku dah takboleh nak berhenti menyayangi dia setiap hari. All the best pakcik in future. Semoga boleh grad dengan jayanya, dapat kerjaya yang bagus bagus, dapat buat ibuayah bangga dan bahagia, dapat tunaikan janji janji awak kat saiyaaa dan yang paling penting dapat jadi hamba Allah yang sentiasa patuh dan taat padaNya. Aku tahu sejauh mana sayang aku pada dia, klu Allah tak izinkan, takkan jadi. Dan aku tahu jugak sejauh mana dia jadi tempat aku bergantung, Allah tetap jadi tempat pertama untuk aku bergantung. Terima kasih untuk segala kenangan.
Perempuan yang tergilakan awak :p
Semoga tahun 2017 akan menjadi satu lagi tahun yang melakar sebuah lukisan warna warni yang cantik buat seorang Syahirah. Maybe it'll be a tough year, I guess. Tapi In Shaa Allah, everything will gonna be okay. Untuk diri sendiri, semoga kau boleh terus tingkatkan iman dan taqwa, sentiasa kuat dan istiqomah untuk menjadi seorang muslimah disisi Allah. Sentiasa menjadi seorang perempuan yang meletakkan maruahnya ditempat yang paling tinggi dan semoga kau boleh jadi anak yang bakal membanggakan kedua makabah, boleh jadi kawan yang sentiasa ada saat susah senang dan menjadi pasangan yang sentiasa cuba melengkapi kehidupan pasangannya.Semoga aku mampu terus membawa title 'Strong girl' for this year, tak lemah dan juga tak leka dengan dunia yang semakin kejam dan mencabar. Dan ingat, bila-bila je hari kiamat tu akan datang, semoga aku mampu terus mengingati mati dan hari kiamat agar aku tak lupa untuk terus beribadah dan merebut segala pahala yang mungkin aku boleh perolehi. Semoga aku makin dekat Allah, pemilik sekian alam.
Assalamualaikum 2017 :)
![]() |
| NUR SYAHIRAH BINTI BORHAN -STRONG GIRL- |






No comments:
Post a Comment