Monday, March 4, 2013

The Wedding Breaker :)

Bismillah.
Assalamualaikum.

Ahlan wasahlan! Yeah lama tak berbahasa arab yaa. Rindu bahasa syurga tuu. Okay, first of all kali ni just nak share about novel cinta yang bersulamkan banyak pengetahuan am dan pengetahuan Islam. Menarik rasanyaa. Thanks to my busu yang belanja novel ni. Dan memang ditakdirkan aku pilih novel ni kot. Punya lah berlama-lama aku rambang mata nak pilih novel but at last novel ni jugak aku capai. Tertarik maybe. Hee.

This novel written by Evelyn Rose. Ceh ada gaya nak buat literature je kan -.-' Meh aku cerita sikit sinopsis dia. Seriously best. Tentang seorang perempuan iaitu Ariana Rose yang telah merosakkan majlis perkahwinan antara Tengku Adam Kamil dan Tengku Juwita. But she has the reasons why. Pengorbanan seorang kawan. Teramatlah berani Si Ariana ni mempertahankan hak Juwita selaku kawan baiknya demi menyelamatkan masa depan kawannya itu bila dapat tahu bakal suami kawannya adalah seorang yang kaki perempaun dan hidup penuh dgn sosial. Sebabkan itu dia telah dinodai maruahnya yang dijaga sebaik mungkin oleh lelaki bernama Tengku Adam Kamil. Dek kerana Ariana yang tidak mahu jujur dan Adam yang mula bengang dengan sikap Ariana then dia terus mengikut nafsu. Tapi dalam diam Adam ni memendam rasa ada Ariana. Sebab tu lepas kejadian tu dia tak peduli langsung pasal Ariana. Tapi Allah itu sebaik-baik perancang. Mereka bertemu semula dan Adam tidak dapat lagi membuang rasanya terhadap Ariana sehingga hampir melakukan dosa lalu aabila terlalu cemburu melihat Ariana bersama lelaki lain. After that, Ariana sedar yang menutu aurat tu adalah jalan yang terbaik agar dia lebih dihormati dan menjaga dirinya. Dia pun da mula menolong anak yatim, orang OKU, gadis malang yang senasib dengannya sampai dia mampu merubah kehiduan Lindan yang telah dijual maruahnya oleh bapa kandungnya sendiri. Then bila Ariana dah buntu, dia decide nak stay kampung. And that time Adam rasa buntu gilaa nak cari mana Ariana. Mummy and daddy nya pulak sibuk nak tunangkan dia dgn anak perempuan kawan mereka. Sejak itu Adam mula berubah. Dia mula mendekatkan diri pada Allah SWT. Sampai sempat umrah sebulan sebelum dia bernikah dgn tunangan yang dia tak tahu siapakah gerangannya. At last Adam dan Ariana disatukan juga. Tak sangka doanya di mekah dulu dimakbulkan sebelum dia umrah lagi sbenarnya. Itu un sebab Ariana yang ikut kehendak ayahuminya dan Adam yang dipaksa kahwin oleh mummy and daddynya. Rupa-rupanya Ariana tulah calon parents dia untuk dia. Sememangnya perempuan yang da ubah prinsi Adam dan mula sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam. Then dia akhirnya berjaya jadi imam kepada ahli keluarganya yang dihiasi 3 orang panglima dan seorang isteri yang sangat dia cintai. Happy ending.
The end~

Haha. Panjang jugak sinopsis aku ni. Okay tak sangka novel ni banyak hadis and ayat2 Al-Quran jugak. Tadelah duniawi sangat. At least ada jugak mengingatkan aku ni kan. Antaranyaa.

Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina... (Al-Mu'minun : 60)

Rasulullah SAW bersabda:
Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah. Sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji yang dilakukannya kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah Azzawajalla.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Hakim)

 Boleh jadi kamu  membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 
(Surah al Baqarah : 216)

Actually, banyak lagi hadis and ayat Quran yang bermanfaat tapi bacalah sendiri novel tu. Seriously tak menyesal langsung bila dah baca. Bermanfaat sebenarnya. Dan impian aku nak ada imam yang boleh pimpin aku ke jalan yang benar yang sentiasa lindungi aku dan perbetulkan kesalahan aku. Itu sudah cukup membahagiakan. Inshaa Allah.

# Sambil baca sambil berangan aku ni. Hampeh -.-' Gila novel pulak!

Assalamualaikum dan terima kasih sudi membaca :]

Sincerely Syira

No comments:

Post a Comment